CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5951|Reply: 52

"Sekarang Makcik Kantin Pun Kenal,” -Pengurus Syed Iqmal Pertimbang Buang G

[Copy link]
Post time 16-12-2020 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Kontroversi membabitkan Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sedikit sebanyak membantu menaikkan nama pendakwah selebriti itu sehingga dia menjadi lebih terkenal.


Perkara itu diakui oleh pengurusnya iaitu Mohd Aizat Jaafar yang berkata masyarakat kini lebih mengenali pendakwah yang dicungkil bakat menerusi program realiti keagamaan itu.


  



"Kalau tanya adakah kontroversi ini membantu menaikkan namanya dan lagu terbaharu... saya akui ya, sebab sebelum ini ramai yang tak kenal tapi selepas isu ini (kes mahkamah) makcik kantin di sini (mahkamah) pun dah kenal.


"Mungkin ada hikmah apa yang terjadi... selain menaikkan namanya, mungkin selepas ini dia boleh gunakan kapasiti itu untuk berdakwah dan menyampaikan yang baik-baik.


"Buat masa ini untuk kerjaya nyanyian dia kita tengok dulu keadaan emosinya. Pihak pengurusan memang ada rancangan untuk dia tapi bagi dia betul-betul stabil dan kembali bersemangat terlebih dahulu," katanya kepada mStar.


Aizat ditemui selepas selesai proses jaminan Syed Shah Iqmal di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.


Turut hadir peguam mewakili Syed Shah Iqmal iaitu Syed Amirul Syed Edros.


  



Sebelum itu, Syed Shah Iqmal atau lebih mesra disapa Da'i Syed dilepaskan dengan ikat jamin keseluruhan sebanyak RM35,000 masing-masing RM25,000 di Mahkamah Petaling Jaya dan RM10,000 di mahkamah Shah Alam.


Pada 21 November lalu, Syed melancarkan lagu baharu berjudul Ya Agmal Eyoun (Wahai Mata Cantik) di laman YouTube dan hingga kini menerima hampir 1.4 juta tontonan.


Ditanya mengenai penggunaan gelaran Da'i pada nama Syed Shah Iqmal, Aizat memberitahu dia akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan mengenai penjenamaan semula nama pendakwah berusia 25 tahun itu.


Dalam masa sama, Aizat turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di atas sokongan dan komen yang baik kepada Syed Shah Iqmal sepanjang 19 hari menjalani tahanan reman termasuk di Pusat Tahanan Reman Sementara di Beranang.


"Tentang nama, InsyaAllah kita akan bincang selepas ini untuk rebranding. Kita akan lakukan dengan pihak pengurusan termasuklah mengenai hal promosi lagu dan sebagainya.


"Sekarang ini kita hanya ikut prosedur yang ada, setakat ini Alhamdulillah sokongan peminat dan maklum balas netizen lebih baik berbanding sebelum ini.


"Ramai yang mendoakan dan beri kata-kata semangat... mereka nak tengok Syed buat live di Instagram dan kembali menghiburkan mereka," ujarnya.




Foto: IG


Pada Khamis lalu, Syed Shah Iqmal sepatutnya dilepaskan dengan ikat jamin bagaimanapun pihaknya gagal membayar jumlah yang ditetapkan sebelum kaunter bayaran di mahkamah ditutup pada pukul 5 petang.


Sehubungan itu dia terpaksa dihantar ke Pusat Tahanan Reman Sementara Beranang, Selangor sementara menantikan proses ikat jamin selesai.


Dalam pertuduhan ke atasnya pada Khamis lalu, Da'i Syed mengaku tidak bersalah bagi tiga tuduhan jenayah seksual masing-masing di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya serta Mahkamah Sesyen, Shah Alam.


Bagi pertuduhan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Syed Shah Iqmal mohon dibicarakan berhubung dakwaan melakukan seks luar aturan tabii mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan perbuatan cabul mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM25,000 bagi kedua-dua dakwaan itu.


Sementara di Shah Alam pula, tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang penganggur wanita berusia 23 tahun dalam kejadian pada 11 September tahun lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pic last belah kiri tu iols ingat bapok mana berskandal
Rupanya dia
Hahahaah
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Normabaru at 17-12-2020 10:40 AM

Kalau zaman dulu rambut panjang pon dh kena gam.. Inikan plak yang ada kes mahkamah on going.. Yang mmg byk kes playboy cret merata.

Ada hati nk bt rebranding? Maintain nama bdk ni dlm industry? Yihhhh.. Sampahnya jawapan pengurus dia ni..Dh la artis acah konsep keagamaan tp tahik sepah merata..

p reformatting dulu otak si syed ni lagi baik.. Puik!

Edit: @acikgomen ni ha komen kaka psl si manager ni. Rupenye dia dulu keje dgn si DTL. Patutla level pengurusan mcm  tahik kuceng
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk dari fizikal, takdelah besar mana.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yee lah.. sebenarnye nak netizen bodo pujuk kan..
Ala2 rara konon nak letak jawatan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 02:20 PM | Show all posts
Sudah2 la jadi retis. Orang lagi kenal dia sebagai fakboi je sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2020 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mmg muka tua ke? Ke efek filter kasi nampak lagi tua?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 02:25 PM | Show all posts
tembak mampos ja babi tak guna nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2020 02:37 PM | Show all posts
eeeuuwww...jijikkzzzz......
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 02:38 PM | Show all posts
Tak yah timbang2 nak guna gelaran Dai tu.
Guna je nama dia cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni tersangat laa vain dlm ig.. ala2 nazimah dahh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lansung xda rasa bersalah ye dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 03:29 PM | Show all posts
x heloks langsung....
caner la dorang boleh terjebak dgn makhluk ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Because it seems like the victims got most of the hates and blames eventhough both are at faults. And the perpetrator gained even more blind fans and followers so he thought he could get off the situation scot free and without an ounce of guilt. Harap dia bertaubat sebelum terlambat. Kepada kaum wanita, ambillah ini sebagai pengajaran. Ajar anak lelaki supaya menghormati kaum wanita dan bersikap melindungi, bukan jadi pemangsa. Anak perempuan pula jagalah maruah dan kehormatan baik2. Anggaplah semua lelaki itu buaya dan jangan beri mereka peluang untuk berdua duaan. Because if anything happens, women will always get the short end of the stick.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tukar dai'e jadi ta'ie
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 04:25 PM | Show all posts
Dak aihh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2020 04:29 PM | Show all posts
budaya mesia da maju berubah banding dulu

laa nih suma pemikiran urban


zaman dulu tadak socmed kalo wat jenayah

najis dadah ka janda khalwat heboh sekampung kena cop jahat



zaman laa nih tgk politician2 nwar jubor

ka bosscow rileks aman2 jah di terima di undi rakyat

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau takde rasa bersalah sbb belum jatuh hukum takkan takde rasa malu bebelas laporan salah laku kot.. yakinnya dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 04:31 PM | Show all posts
hujung2 kena buang kes tak cukup bukti

terus acah2 suci
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 04:42 PM | Show all posts
Aku lg rela jd x famous drpd infamous dgn keburukan mcm ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.246369 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list