"Saya bukan menolak cinta dengan manusia tapi rasa cinta kepada benda tak bernyawa ebih banyak."
Yang aneh-aneh sahaja.
Seorang wanita mengahwini sebuah beg bimbit selepas setelah bercinta selama lima tahun di ibu kota Rusia.
Menurut Mirror UK, Rain Gordon, 24 berkata, dia pertama kali bertemu 'suaminya' yang diberi nama Gideon itu pada Ogos 2015. Rain membeli Gideon di sebuah kedai perkakasan sebagai perhia-san untuk sesi fotografi.
Kredit foto: Caters
"Namun, lama-kelamaan saya jatuh cinta dengan Gideon. Kami mula bercinta pada November 2015 sebelum berkahwin Jun tahun ini."
Baginya, Gideon bukan sekadar pasangan tetapi adalah suami, kawan dan mentor.
Kredit foto: Caters
Malahan Rain menceritakan yang dia mula tertarik kepada benda tidak bernyawa sejak berumur lapan tahun lagi. Lebih mengejutkan ialah dia mempercayai bahawa setiap benda mempunyai roh.
"Ketika di usia kanak-kanak dan remaja, saya jatuh cinta dengan tempat seperti pusat beli-belah yang baru dibuka.Memang pelik, sebab itu saya tak mendedahkan pera-saan kepada sesiapa pun."
Tambah Rain, dia pernah menjalin hubungan dengan seorang lelaki selama dua tahun, namun mereka akhirnya berpisah pada tahun 2017.
Kredit foto: Caters
Mujurlah di Malaysia, kita belum bertemu perkahwinan yang sebegini. Atau sebenarnya ada, cuma tidak diuar-uarkan. - CARI |