Di kala bangunan pencakar langit galak dibangunkan di kota batu bandaraya besar, ada tempat yang dinafikan hak mereka. Usahkan pembangunan, keperluan asas pun terabai di kawasan pendalaman.
Antara yang jauh ketinggalan ialah kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak yang sangat menyedihkan. Hinggakan untuk mencari capaian internet, mereka terpaksa bergolok gadai nyawa meniti jambatan bagi mendapatkannya.
Mengapa sebegitu dasyat masalah mereka?
Menurut aktivis Sabah yang menyantuni masyarakat di pendalaman, mereka bertemu dengan pelbagai masalah yang dihadapi penduduk, antaranya ialah anak-anak Sabah yang jatuh dari jambatan gantung setinggi 60 kaki semata-mata mahu mencapai internet.
Foto : Twitter
"Kami ke rumah pertama mangsa. Dia masih tidak dapat berjalan kerana sakit di punggung. Dia pengsan ketika terjatuh dan cuma sedarkan diri ketika di klinik Kaingaran. Kerana sakit, dia tak dapat lagi menolong ayahnya di kebun."
Foto : Twitter
Selain itu, keperluan seperti air, elektrik, jalan raya dan sebagainya turut menjadi masalah kepada mereka. Jadi, ini salah siapa? Kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri?
Foto : Twitter
Sampai bila keadaan sebegini akan berterusan? - CARI
|