View: 1810|Reply: 12
|
Teknologi Baru, Imbas Mata Saja Untuk Kesan Salah Guna Dadah
[Copy link]
|
|
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan melakukan kajian rintis bagi mengesan penyalahgunaan dadah menggunakan dua Instant Visual Drug Detector (IVDD 2.0).
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata alat tersebut akan mengesan penyalahgunaan dadah terhadap seseorang individu melalui sensor yang mengimbas mata.
Kredit foto: Bernama
Beliau berkata kajian rintis akan dilakukan selama enam bulan sebelum ditentukan penggunaannya.
“Teknologi ini diharap dapat memberikan hasil memuaskan dan seterusnya mewujudkan kaedah pengesanan dadah yang kurang mengganggu yang adalah lebih cepat, selamat dan bersih,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima dua alat pengesan berkenaan berharga RM136,000 daripada syarikat pembekal Nyla Sdn Bhd dalam satu program inisiatif korporat bersama AADK untuk Kuala Lumpur Sejahtera, hari ini.
Zulkifli berkata keberkesanan alat tersebut akan diuji semasa operasi bersepadu di Kuala Lumpur dan Putrajaya terutamanya di pusat hiburan, kawasan projek perumahan rakyat dan sekolah.
“Selain itu, kami mengenal pasti kawasan dan tempat hotspot penyalahgunaan dadah jadi pada masa yang sama, kami akan lakukan ujian keberkesanan alat ini ketika melakukan pemeriksaan,” katanya.
Beliau berkata pendekatan berbentuk usaha kolaboratif pelbagai pihak itu perlu diperluaskan dengan masing-masing mengambil langkah proaktif dalam mencegah penyalahgunaan dadah.
Sumber: Bernama |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Buatan manusia bleh ja jem atau terlepas. Kalau chck urine lg tepat |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada peguatkuasa tak tegas/dirasuah pun tak jalan ada alat2 ni semua. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga/harap 'teknologi tak buat silap'@boleh caya 100% ka???. |
|
|
|
|
|
|
|
Kos barang tu yg sebenar berapa |
|
|
|
|
|
|
|
Mahainya...
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima dua alat pengesan berkenaan berharga RM136,000 daripada syarikat pembekal Nyla Sdn Bhd dalam satu program inisiatif korporat bersama AADK untuk Kuala Lumpur Sejahtera, hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
bilka dah tengok mata org tu berbuih tanda dadah, suruh la dia kincing utk confirm
|
|
|
|
|
|
|
|
Poligraf pon boley tipoo.. Inikan pulak sekadar jelingan manje aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Matanya lirik lirik selalu... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap alat ni dah teruji & pass Medical Device Authority...bukan apa, takut tech baru2 camni more to scam je...
Lebih kurang 10 tahun dulu iols ada terbaca sejenis alatan canggih bole solve satu problem (tak ingat solving apa) ...byk negara beli, in the end ternyata scam, benda tu olok2 je. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab nak perabih duit gomen bagi projek kat kroni... Memang champion... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya kt google playstore dh ada apps kesan jantina seseorang melalui sinaran mata mu bak kejora |
|
|
|
|
|
|
| |
|