Penyanyi Yonnyboii yang semakin bersinar dalam bidang muzik mengajak peminat untuk terus menggali dirinya dengan memperkenalkan album E.P terbaharu berjudul Yonny.
Menurut Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 22, album itu sarat dengan pengisian muzik tulus untuk pendengar memahami gelojak rasa yang harus diteroka dan dihayati dalam setiap bait lagu yang dihasilkan.
Foto: IG
"Menerusi album E.P ini saya mengambil kesempatan memperkenalkan diri saya sebenar dengan menyatakan kejujuran setiap lenggok melodi serta pengisian lirik yang terkandung menerusi lagu-lagu yang disampaikan.
"Apa saya boleh nyatakan, album ini sarat merencanakan warna-warni seni Yonny, bak pelangi.
“Harapan saya tidaklah terlalu tinggi, saya cuma minta pendengar menghayati sendiri setiap karya terhasil untuk mengenali siapa Yonnyboii," katanya.
Pembikinan album E.P ini melibatkan enam penerbit iaitu Adam E, Freddie Laut, Zachsutton, Vincent88, Mingaling dan Wolfie.
Sebanyak sembilan buah lagu diselitkan dalam album tersebut iaitu Salahku, Salahku 3.0, Pelikk, Bayang, Hidup Giler, Sheenta, Sheenta With Shee, Boleh Bla dan Aku Itu Aku.
"Bagi saya tak susah nak hasilkan album E.P apabila dapat bekerja secara profesional dengan orang yang kita percaya. Terus-terang saya nyatakan kalau boleh saya nak buat semuanya sendiri, susah sebenarnya sebelum ini kerja-kerja seni saya dapat sentuhan orang lain.
"Namun selepas pengalaman kejayaan lalu serta kualiti yang ada pada produser-produser ini menepati kehendak saya, saya rasa tidak salah untuk membina keyakinan dan mencipta semula kejayaan seperti sebelumnya," ujarnya. -CARI
aku taktau kenapa ..sejak pertama kali aku tgk dia nyanyi...mesti aku komen..kenapa la kaler rambut separuh camtu...kalau tak color maybe nampek elok sikit kot...and terus focus aku hilang hahaha
oh yaa satu lagi org kata lagu dia berkualiti and pasal depression...tapi jujurnya aku takboleh nak layan lagu dia ni ..maybe aku takleh focus kot...so tahniah pada yg dpt menjiwai yonnyboi ni dan satu psangan duet dia apa nama zinnakal...
adeyyyy aper laa nama glemer dorang ni pelik...maybe zaman sekarang kot semua kena letak nama yg cenggitu
iols suka heshe sebab heshe berbakat dalam bidang seni. Ada identiti sendiri. Tau hala tuju muzik heshe. Wajahnya idoklah kepam mana, namun masih ada aura desa lah. Disebabkan bakatnya yang lebih menyerlah, maka wajah desa tidaklah mendominasi mana. Jadinya, ok je...whyyyy botherrrrr sis!
Dia mendapat respek aku sejak dia nyanyikan lagu Keroncong Untuk Ana and he renderred it beautifully; hingga M. Nasir pun terpana dan suruh Yonniiboyy rakam lagu versi yang dia olah kat Luncai Emas esok hari terus.
Post time 21-12-2020 09:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
wlpon iols x penah pun layan lagu2 si yonny ni tp he earned my respect.. at least he compose all of his songs and produce his own album.. susah nak carik artis yg genius and ada talent mcm ni.. sementelah artis2 mcm hael tu mampu kuar single jah wlpon lagu2 dia dikatakan unik..
Post time 22-12-2020 12:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia ni kalu repair gigi, gemokkn skit badan n rambut tu kasi hitamkn msti rmai cikki2 moslemah dambakan heollss ni..btw ak suka je lagu2 dia..ok la sdap gak didengari
Post time 22-12-2020 01:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Respek weols kat cni. Jelas dengan visi. He knows what he wants. Identity tersendiri. Gaya heols bawak seswai la dgn lagu2 heols yach. Klu org ensem bawak x kene. Fashion pon berani, and he can carry it! Setiap ada EP dengan 9 lagu! Terus maju yachh. Pedulikan pendengar2 yg stuck dengan ballad 90an ittewww!
dia ada identiti sendiri, tu yg paling penting. Dengar muzik,lirik tau dah lagu dia. Lagu2 dia xsemua i oll boleh masuk, tapi tak dinafikan ada beberapa yg sgt fresh deep n sedap pada halwa telinga i oll.