View: 1380|Reply: 4
|
[Dunia]
Wabak Selsema Burung Kini Sedang Merebak Di Jepun
[Copy link]
|
|
Pihak berkuasa kesihatan Jepun mengambil sampel darah ayam bagi melakukan ujian selesema burung. - Foto EPA
TOKYO: Wabak selesema burung yang sedang merebak di Jepun menyaksikan virus itu dikesan di dua lagi wilayah, menyebabkan penakaian ratusan ribu ayam.
Pihak berkuasa di wilayah Tokushima dan Miyazaki berkata jenis virus H5 itu, yang masih belum disahkan sebagai jenis yang amat patogenik, dikesan pada ayam dalam lingkungan kawasan berkenaan.
Menurut laporan Kyodo News, kes di Tokushima menjadikannya wilayah ke-12 melaporkan penularan wabak selesama berkaitan dengan unggas tahun ini.
Ladang di Awa, Tokushima, yang bersempadan dengan wilayah Kagawa, juga lokasi pertama kes selsema burung dikesan tahun ini, menakai kira-kira 8,000 ekor ayam.
Selain itu, 10 lagi ladang yang menternak kira-kira 175,000 ekor ayam dalam lingkungan tiga kilometer (km) dari ladang Tokushima yang terjejas akibat wabak itu.
Pihak berkuasa tempatan kini melarang semua ladang terbabit memindahkan telur atau ayam dari premis masing-masing.
Kerajaan tempatan Tokushima berkata, 44 ladang dengan 665,000 ekor ayam berada dalam lingkungan 10 km dari ladang yang terkesan.
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun turut menghantar pegawainya ke Tokushima untuk membantu mereka menguruskan wabak itu.
Kes kelapan selsema burung tahun ini turut dilaporkan di ladang di bandar Miyazaki, dengan pihak berkuasa tempatan melaporkan penakaian kira-kira 34,000 ekor ayam sebagai langkah berjaga-jaga.
Kes pertama di Jepun tahun ini dilaporkan di wilayah Kagawa pada awal bulan lalu, disusuli kes di wilayah Fukuoka, Hyogo, Miyazaki, Nara, Hiroshima, Wakayama, Oita, Okayama, Shiga dan Kochi.
Sumber - AGENSI/BeritaHarian |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Makin moden ilmu perubatan.. makin banyak penyakit baru.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols blaja perkataan baru, takai.
[ta.kai] |
Definisi :; menakai mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu kumpulan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, diasingkan dsb sbg langkah mencegah merebaknya penyakit dsb: Tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr masa ke masa. penakaian perihal atau perbuatan menakai: ~ dijalankan berdasarkan maklumat atau hasil pemerhatian yg dilakukan
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga negara kita dijauhkan dengan wabak penyakit ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|