Hampir sebulan mendiamkan diri dari Instagram, pendakwah muda Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau dikenali sebagai Da’i Syed akhirnya kembali aktif di laman tersebut.
Menerusi Instastory, Syed Iqmal berkongsi beberapa tulisan puisi dan nukilan hati dihasilkan ketika berada di dalam lokap selama 19 hari.
Bersama tulisan itu, pendakwah selebriti ini turut berkongsi foto hitam putih yang tidak dapat dipastikan individu dalam imej tersebut.
Kredit foto: IG Da'i Syed
Sebelum itu, pengurusnya iaitu Mohd Aizat Jaafar ada berkongsi foto Syed Iqmal bersama beberapa teman termasuklah rakan artis, Ryan Deedat bergambar di sebuah kediaman.
Dalam kapsyennya itu, Aizat meluahkan rasa syukur kerana Syed Iqmal dikelilingi ramai insan positif yang sudi bersama ketika susah dan senang.
Perkongsiannya itu menerima respons positif daripada pengikut yang merindui gelagat Syed Iqmal di media sosial yang cukup dikenali kerana gemar bergurau dengan peminatnya.
Kredit foto: IG Aizat
Menerusi temubual bersama mStar pada 15 Disember lalu, Syed berkata dia ada menulis lirik lagu semasa berada di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang.
"Saya ada tulis lagu dalam kem penjara, ini luahan hati menceritakan seorang manusia yang mencari hakikat kebahagiaan tetapi dicemuh, disiksa jiwanya meronta-ronta. Tunggulah InsyaAllah.
"Saya kadang-kadang duduk termenung bertanya diri kepada Allah kenapa beri saya ujian ini... mungkin Allah nak tegur, Allah nak beri peringatan, saya terima dugaan ini dengan reda," katanya.
Sumber: mStar |