View: 7584|Reply: 65
|
Remaja Perempuan Dimakan Singa Ketika Keluar Ke Tandas
[Copy link]
|
|
NEW DELHI – Seorang remaja perempuan maut dibaham dua ekor singa ketika dia ke tandas luar rumah di sebuah ladang di India, kata pihak berkuasa.
Bhavna Baria, 14, dipercayai dibaham singa jantan yang berkeliaran di kawasan perkampungannya beberapa hari lalu.
Renjer hutan berkata, Bhavna diserang semasa keluar membuang air pada pukul 9.30 malam (waktu tempatan), Isnin lalu di sebuah ladang di daerah Junagadh, Gujarat.
Akhbar The Sun UK kelmarin melaporkan, mangsa yang tinggal di Kampung Dhanfuliya keluar bersama sepupunya, Rekha sebelum singa itu tiba-tiba muncul lalu menerkamnya.
“Semsa singa menyerang, Rekha melompat ke dalam tangki air berhampiran. Singa itu berjaya membaham Bhavna dan membunuhnya sebelum me-nyeret mayat gadis itu ke ladang berhampiran dan memakan sebahagian badannya.
“Kakitangan kami bergegas ke lokasi kejadian dan berusaha menyelamatkan mangsa, namun gagal. Mereka cuma mendapatkan semula mayatnya,” kata Timbalan Pelestari Hutan Gir Somnath, Ushman Nanavati kepada akhbar The Indian Express.
Rekha dilaporkan menjerit meminta pertolongan daripada penduduk berhampiran semasa serangan berlaku.
Ketua Polis Vanthali, Konstabel Shailesh Sondarva berkata, haiwan pemangsa itu dihalau dari lokasi kejadian selepas setengah jam insiden berlaku.
“Pada ketika itu, dua ekor singa berkenaan memakan bahagian bawah badan gadis itu,” katanya.
Dhanfuliya terletak kurang daripada 20 kilometer dari sempadan Santuari Hidupan Liar Girnar, satu kawasan hutan di-lindungi yang merupakan habitat kawanan singa itu.
Sumber – Agensi/Kosmo |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. tak pasal2 je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terkesima membaca berita ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian naseb wanita di India sana..tandas di rumah pun takde. Tak jadi mangsa rogol jadi mangsa haiwan buas pula |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang halau je singa tu, tak bunuh?
Macam pernah dengar kalau dah sekali rasa daging manusia nanti nak lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...kesian betui... |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok gambar singa tu kurus dan tak bersih, mesti terlampau terdesak nak cari makanan kalau tidak takkan sampai separuh badan cepat je deorang baham. |
|
|
|
|
|
|
|
matchstick replied at 24-12-2020 05:57 PM
Kesian naseb wanita di India sana..tandas di rumah pun takde. Tak jadi mangsa rogol jadi mangsa haiw ...
kann..kat malaysia pulak, pompuan2 jd mangsa kebuasan pu, dai , ustat2 guru besar sekolah agama, susah jd pompuan kat india atau kat msia |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 24-12-2020 06:19 PM
Tengok gambar singa tu kurus dan tak bersih, mesti terlampau terdesak nak cari makanan kalau tidak t ...
Den pun fikir sama gak. Singa tu kurus sgt smpai nmpk tulang. Mgkn terlmpau lapar la kot, tu yg baham budak |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat movi hindi,lakonan akshay kumar,'Toilet'
Memang leluhur buang air dalam utan.klau yang modern jer ada tandas dalam umah. |
|
|
|
|
|
|
|
Singa kat India pun baham pompuan. Haduiii... Lain kali pilih hok jate.. |
|
|
|
|
|
|
|
makneng replied at 24-12-2020 11:15 AM
Singa kat India pun baham pompuan. Haduiii... Lain kali pilih hok jate..
hok jate mana pergi jamban buang air makneng oi. depa kan pancut je tepi dinding rumah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tunjuk artikel ni kat anak aku yg penakut nak g tandas malam2. Nikmat apakah yg ko nak dustakan nak oiiii |
|
|
|
|
|
|
|
So sad .. tandas masih jauh dari rumah.
Singa yang dalam gambar tu first time aku tengok. Ingat singa warna oren macam lion king tu. Yang ni lain sikit color |
|
|
|
|
|
|
|
jarang dgr berita singa baham org kt india.. sbb india ni terkenal dgn harimau bengal rather than singa..
rupanya populasi haiwan ni mmg tercampak satu tempat saja kt india, iaitu kt gujerat saja. |
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 24-12-2020 07:33 PM
hok jate mana pergi jamban buang air makneng oi. depa kan pancut je tepi dinding rumah tu
Hok kencing sepah lah patut kena tokak dek singo.. Hancing merata.. Ke singo toksey perangai serupo demo jugak? Main pancut jah. Kiro sekaum gituh. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|