Wah! Kita boleh berbangga apabila penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dipilih menerima Walk of Fame (WOF) di luar negara. Lebih membanggakan apabila Siti merupakan satu-satunya artis tempatan yang diberi peluang tersebut.
Menerusi laman Instagramnya, Walk of fame Siti akan diabadikan di Adelaide Festival Centre, Australia.
Ia susulan kejayaannya mengadakan konsert sempena OZ Asia Festival di sana Oktober tahun lalu.
Foto G
"Nanti kalau ke Adelaide lagi, bolehlah saya ambil gambar dengan Walk Of Fame sendiri, tak sangka sebenarnya."
Kepada Harian Metro, Siti menjelaskan yang itu adalah pencapaian terbaiknya dalam industri hiburan ini.
"Memang tak pernah saya bayangkan penghargaan ini, tapi saya bersyukur kerana ini juga satu penghargaan buat industri muzik negara kita. Saya kira ini satu pencapaian untuk ulang tahun ke-25 saya dalam industri tahun depan."
Mengulas lanjut mengenai penghargaan itu, Siti menjelaskan yang dia dihubungi penganjur apabila terpilih menerusi undian terbanyak Public Choice yang kemudian diumumkan menerusi media sosial rasmi mereka.
Foto : IG
"Saya bersyukur dengan kurniaan Allah SWT. Penghargaan WOF ini juga adalah rezeki anak yang bakal lahir. Ini juga kerja keras peminat saya di mana saja mereka berada. Mereka beri sokongan yang kuat sepanjang proses undian ini."
Wah! Tahniah sekali lagi TokTi dari kami. - CARI
|