Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menjadi bahan bualan warganet apabila beliau telah berniat bernazar untuk membotakkan kepalanya jika berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM200,000.
Khabarnya sumbangan itu dibuat sempena kempen '1 keluarga 1 laptop' untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba untuk 100 orang pelajar dalam kawasan parlimen beliau, Muar, Johor Darul Takzim.
Sementara itu, menerusi Instagram Story, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan segelintir manusia yang didakwa suka berpura-pura dalam kehidupan.
Kredit foto: Instagram TMJ
Walaupun tidak menyebut mana-mana nama, namun ianya dipercayai berkait rapat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan ahli parlimen Muar.
Kredit foto: Instagram TMJ
TMJ turut mendakwa individu berkenaan hanya sekadar bercakap kosong tanpa tindakan berbanding baginda yang hanya memerlukan masa dua bulan untuk melaksanakan semua tugasan yang gagal dilakukan individu terbabit.
Dalam masa yang sama, Syed Saddiq telah memuat naik video ucapan terima kasih kepada TMJ kerana telah menyumbang RM300 ribu ringgit untuk kempen itu.
Meninjau ruang komen, netizen memuji sikap Syed Saddiq yang dilihat sangat matang menggalas tanggungjawab dan mengendalikan provokasi.
Kredit Foto - Twitter Syed Saddiq
Apapun nampaknya botaklah kepala Syed Saddiq kerana kempen telah berjaya dan nilai kutipan melebihi sasaran pula.
Tahniah Syed Saddiq! -CARI
|