View: 3736|Reply: 29
|
Celup Uncang Teh Lama-lama Boleh Sebabkan Kanser, Mandul?
[Copy link]
|
|
Tidak disangkal lagi teh memang menjadi antara minuman kegemaran ramai kerana rasanya yang enak selain aroma wangi terutama jika diminum ketika panas.
Penggunaan teh uncang paling popular kerana dengan hanya merendam ke dalam air panas ia sudah sedia untuk diminum.
Tetapi tahukah anda, tempoh mencelup uncang teh juga memainkan peranan penting?
Gambar hiasan
Kebiasaannya, kita akan membiarkan sahaja uncang teh itu direndam kerana ia akan bertambah pekat dan menjadi lebih sedap.
Pakar penyediaan teh, Ed Eisler memberitahu tidak ada salahnya merendam uncang teh tanpa mengeluarkannya daripada cawan sebelum diminum.
Bagaimanapun katanya, semakin lama uncang itu dibiarkan dalam minuman, ia tidak akan menjadikan teh lebih sedap atau pekat, sebaliknya, ia boleh menghilangkan aromanya.
Tidak hanya itu kata Ed, membiarkan uncang teh di dalam air akan menjadikan teh berasa pahit dan serbuknya akan keluar daripada uncang.
"Sebenarnya, uncang teh ini cukup sekadar kita celup dengan gerakan naik turun untuk beberapa kali. Kita tidak perlu merendamnya terlalu lama," katanya.
Sementara itu, terdapat kajian lain mendapati lebih lama uncang teh dibiarkan di dalam air, khasiatnya juga akan berkurangan.
Ini termasuklah kandungan klorin yang terdapat pada uncang akan menyebabkan kesan buruk kepada badan manusia seperti kanser, kemandulan dan sebagainya.
Sumber: mStar |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun katanya, semakin lama uncang itu dibiarkan dalam minuman, ia tidak akan menjadikan teh lebih sedap atau pekat, sebaliknya, ia boleh menghilangkan aromanya.
————-
Sbg sorg pembuat teh yg telah dipuji oleh mak bapak, adik beradik dan tetamu.. kne rendam teh lama sikit baru kaw.. sekian.. |
|
|
|
|
|
|
|
uncang teh yg dah guna, jgn buang
campak je dlm pasu bunga or batas pepokok... baja organic tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nk kena minum ayaq kosong jer ke lps ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak hampir setahun haku pakai loose tea je, dah sayonara teabag |
|
|
|
|
|
|
|
kawan iols pun pernah cakap benda sama, dia tanya iols kenapa tak remove uncang green tea dari tumbler iols... dia kata teh takleh rendam lama2 tak elok utk kesihatan katanya, dia xckp plak bleh dpt kanser bagai.... sejak tu iols kalau rendam green tea seminit ke 2 minit jah.... air pun suam2 panas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Abis yg xde tali tu mcm mane?
Aku guna teabag... mmg tetus rendam la... xde la tarik turun naik nya... |
|
|
|
|
|
|
|
Tu uncang plastik yg selalu only teh mahal2 guna kut |
|
|
|
|
|
|
|
Teh kalau dh sejuk pon x elok diminum.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik bukan penggemar air teh... |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak ye ke...iols teh yg buat pagi tak abis, iols sambung msk uncang baru buat utk minum ptg. Uncang yg pagi tu bior jè dlm teko.
Err...mcm mn tu ye |
|
|
|
|
|
|
|
Kita pula suka masak teh tu dalam periuk dengan susu buat teh tarik..sedap oiii |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 30-12-2020 06:06 AM
nini_azmi replied at 30-12-2020 05:55 AM
Alamak ye ke...iols teh yg buat pagi tak abis, iols sambung msk uncang baru buat utk minum ptg. Unca ...
Jangan reuse teabag... Chemical dari teabag hydrolyze chemical jadi carcinogen...teabag di buat dari bleached paper... Can caused cancer... Guna yang fresh... Avoid tea yang ada coloring dan flavour... |
|
|
|
|
|
|
|
Lps ni Guna teh serbuk yg tuang tu jer lah |
|
|
|
|
|
|
|
no comment though. I tak tahu sumber mana dia tulis artikel nya tu la. so ...black tea effects ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
jarang minum
selalu minum kopi je |
|
|
|
|
|
|
|
tak minat sangat minum teh..heaty
tapi every weekend mesti kena minum teh tarik |
|
|
|
|
|
|
|
Satu Uncang Teh Mengeluarkan Berbilion Zarah Plastik Mikro
Editor by Editor 15/01/2020
Oleh:Yasmin Yusof
Penggemar tegar teh selepas ini harus lebih berwaspada untuk meminum teh. Hal ini kerana terdapat kajian yang telah menemui pada satu uncang teh mengeluarkan berbillion zarah plastik mikro. Para penyelidik dari Universiti McGill di Kanada telah mendapati apabila uncang teh dimasukkan dalam cawan yang mengandungi air panas iaitu pada 95 darjah Celcius, uncang tersebut mengeluarkan 11.6 bilion zarah plastik mikro dan 3.1 bilion zarah plastik nano ke dalam cawan tersebut. Kita tidak dapat melihat ia dengan mata kasar tetapi zarah ini boleh dianalisis menggunakan Fourier Transform Infared spectroscopy (FTIR) dan X-ray Photoelectron microscopy (XPS)
Nilai ini adalah tinggi berbanding zarah plastik mikro yang masuk ke badan manusia dalam jangka masa setahun. Menurut suatu kajian yang diterbitkan pada tahun 2019, individu yang normal menelan sekurang-kurangkan 50,000 zarah plastik mikro pada setiap tahun dan menyedut udara dengan jumlah kuantiti yang sama. Menurut World Wide Fund for Nature, pada tahun ini dianggarkan individu normal menelan sebanyak 5 gram plastik setiap minggu.
Para penyelidik telah menguji empat jenis uncang teh komersial dari beberapa jenama terkenal di Montreal, Kanada. Plastik tersebut telah dibuka dan dibasuh kemudian diletakkan dalam air panas selama 5 minit sebelum dianalisis menggunakan mikroskop elekron dan analisis spektroskopi. Menurut kajian ini, ia telah terbukti bahawa uncang teh tersebut telah mengeluarkan lebih 11.6 bilion zarah mikro yang mempunyai jisim yang lebih berat berbanding makanan lain. Mereka telah melakukan beberapa ujikaji pada beberapa sampel tambahan dan mendedahkan bahawa bahan tersebut telah sah diperbuat daripada PET iaitu sejenis polyster dan nylon berdasarkan struktur yang dilihat pada mikroskop. Katanya lagi plastik tersebut datang daripada uncang teh berkenaan dan bukannya dari teh. Kajian ini telah diterbitkan oleh jurnal Enviromental Science & Technology. |
|
|
|
|
|
|
| |
|