Umum pasti sudah mengetahui perihal Alif Satar positif COVID-19 baru-baru ini. Terkini, Alif sudah bebas dari wabak maut itu dan berkongsi pengalaman mengenainya melalui saluran Youtube beliau.
"Wallahi, tak ada simptom tak demam atau batuk. Next day lepas habis semi final, Alif shooting di Melaka dan tiba-tiba dapat phone call bahawa salah seorang ahli keluarga Alif positif Covid-19."
Susulan itu, Alif melakukan ujian saringan Covid-19 dan tidak menyangka selepas menghadiri Semi Final Muzik-Muzik Ke-35 (SFMM35), beliau disahkan positif wabak tersebut.
Beliau terus menitiskan air mata kerana mengenangkan keluarganya di rumah serta rakan-rakan yang turut bersamanya ketika SFMM35 berlangsung.
"Alif tak fikir Alif dah tapi fikirkan diorang semua sebab serba salah. Dalam kepala pula fikir parents Alif lagi-lagi lepas mereka pun disahkan positif. What if isteri dan anak-anak semua positif, siapa nak jaga dekat hospital? What if Shad (isteri Alif) je yang positif? Siapa nak jaga anak-anak aku? Dia punya mental stress memang sangat mencabar."
Semasa dikuarantin, Aliff mengambil kesempatan mendekatkan diri kepada Allah SWT agar dapat menenangkan hatinya dengan perkara yang berlaku.
Perkongsian Aliff ini mendapat pelbagai reaksi wargamaya. Ramai turut merasai kesedihan dialami Alif. Dalam masa sama, mereka turut mengucapkan terima kasih dan turut mendoakannya.
Kredit foto: Saluran Youtube Aliff Satar
Sebagai info, sejak Oktober lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Malaysia kini memasuki gelombang ketiga pandemik Covid-19 dan ia telah menular di kalangan orang ramai.
Semoga perkongsian Alif ini dapat memberi sedikit sebanyak info pada kita semua. Teruskan patuh pada SOP sebagai norma baharu. - CARI
Post time 30-12-2020 03:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ye aku akui tempoh kuarantin sgt stres. wpun bukan aku positif tp kuarantin sbb close contact, mmg aku stres gile. dh le kena berkurung, menunggu keputusan swap test menambah lagi stres.tobat aku jgn la kena lagi mcm ni {:yameteh
Semoga dipermudahkan segala urusan. saya pun pernah kena kuarantin. close contact juga kat opis. risau masa tu anak-anak pun kena. Alhamdulillah dua kali swab semua negatif
Post time 30-12-2020 05:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nih yg paling seksa bab covid ni yaa kuarantin tu yg seksa.
2 minggu lama jugak tau,aritu baca komen orang ada yg penah kena kuarantin sampai 2 kali gara2 ada close contact pesakit.
Mau trauma asik kena kuarantin jer,banyak kerjaan tertangguh, stress toksah kata la kan.
Post time 30-12-2020 08:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bleh x nk kongsi mental & emotional stress jgk sbb dlm masa smggu ni duit i yg ribu2 hilang kat lazada masa nk beli 1 item harga RM10 je. Ttibe RM10k duit i hilang konon2 beli 100 brg dlm cart lazada i. Dah buat polis report. Hanat sampai skrg xleh claim 1 sen pun!!! {:cryrun
Post time 30-12-2020 09:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kuarantin wpun hanya close contact tp org sekeliling anggap kau mcm zomba..
Kata kwn aku la..
Aku ni dengau swab test pn dh seriau..
Boleh bius tak kalau swab?
Muahahahaha..
Post time 31-12-2020 05:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Banyak duit, famili members ramai kt KL, support circle gang kerjaya geng beskal geng jiran pon kuat. Amendenye nk stress psl saper nk jaga anak la apa la semua. Jijik. Ko jual je la sejadah 200 ko tu. Baik iols kesian kt non retis yg jual sejadah sama tp harga reasonable 59 je.