View: 1623|Reply: 7
|
Ramai Kaki Curang Terdesak Dapatkan Vaksin Covid-19
[Copy link]
|
|
Individu yang curang dengan pasangan masing-masing dilaporkan terdesak untuk mendapatkan vaksin Covid-19, lapor Daily Star.
Ia sekali gus membolehkan mereka meneruskan hubungan terlarang dengan insan ketiga tanpa rasa takut dan khuatir akan dijangkiti wabak itu.
Gambar hiasan
Hal ini didedahkan menerusi satu kajian yang dijalankan sebuah laman web cari jodoh.
Dalam tinjauan dilakukan, 40 peratus kaki curang terdesak mahu mendapatkan vaksin untuk meneruskan agenda peribadi mereka dengan selamat.
Malah, lebih 20,000 individu menyertai laman web cari jodoh setiap hari.
Antara puncanya, mereka bosan terperangkap di rumah dengan pasangan yang sudah tidak mereka cintai sepanjang pandemik.
"Kami dapat banyak maklum balas, mereka mahu disuntik vaksin supaya boleh berjumpa pasangan curang mereka dengan selamat.
"Mereka mahu berjumpa secara fizikal selepas lama terpisah akibat pandemik," kata ahli psikologi, Lucy Beresford yang turut bekerjasama dengan laman web itu.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Std aids hiv xtakut pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerai je lah dekk.apa susah sangat kena sorok sorok... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pakai kondom. Tapi covid-19 jangkit melalui pernafasan.
|
|
|
|
|
|
|
|
takut isteri tuntut harta sepencarian kot... ataupun selama ni isteri yang membela dia dari atas hingga ke bawah, hujung ke hujung...
|
|
|
|
|
|
|
|
baru je citer smlm dgn kawan2 wa,
ada sepasang pasangan curang ni, dah lama x nampak mereka bersama, mgkn takut kalo + covid, hanya mereka berdua je + , nnti lagi lah menguatkan bukti mereka ada skandel atau comolot.... |
|
|
|
|
|
|
|
jalfa replied at 31-12-2020 09:43 AM
Cerai je lah dekk.apa susah sangat kena sorok sorok...
Biasa tgk perempuan kalo curang tkt nk cerai takut nanti suami ambik anak2.. X dpt hak penjagaan anak2.. Kalo lelaki pulak tkt reta semu isteri ambik, x pun isteri yg byk tampung family.. Ade je jenis mcm anggap skandal tu mcm makan jajan.. Kat luar outstation nak free berskandal.. X yah keluar duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik kena penjarakan dlm solat jemaah je. klu penjarakan wajib jgk dlm hubungan seks mmg tak dpt la ko nak mencurang. dah ada vaksin pon ko tak boleh ngeseks. kah kah kah
ada belas kasihan jgk who ni yek |
|
|
|
|
|
|
| |
|