Seorang pemuda di Kota Tegal, Jawa Tengah, Indonesia menanam diri sendiri dipercayai selepas mendengar bisikan di tanah perkuburan awam (TPU).
Ketua Polis Daerah Tegal Selatan, Kota Tegal, Sertu Dasrim mendedahkan, pemuda bernama Wawan Febriyanto, 23, itu disyaki mengalami gangguan jiwa.
Mangsa dari kampung Kepandean, melakukan perbuatan itu pada Rabu sekitar jam 8 pagi.
Kredit foto: Detik News
"Ketika ditemui, mangsa berada pada kedalaman 70 sentimeter, hanya kepala kelihatan manakala anggota badan yang lain sudah tertanam," katanya kepada Kompas pada Isnin.
Sertu Darsim adalah pegawai polis yang tiba awal ke lokasi sebaik menerima laporan daripada penduduk berikutan lokasi itu berhampiran pasar.
Darsim menjelaskan, mangsa ketika ditemui boleh bertutur dan menjawab persoalan.
"Saya menghampirinya dan memberi salam, memanggil namanya dan dia membalas," kata Darsim.
Menurut Darsim, pemuda itu menggali tanah menggunakan tangan kerana tidak dapat mencari peralatan di lokasi.
"Setelah dipujuk, Wawan akhirnya berjaya dikeluarkan dan dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Kepandean. Mangsa melakukan tindakan sedemikian kerana berasakan dirinya telah meninggal dunia dan mendengar bisikan," katanya.
Sebelum ini, sebuah video kerja-kerja menyelamat pemuda itu di TPU Debong Kidul menarik perhatian netizen hingga tular di laman sosial.
Post time 4-1-2021 02:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Depression? Or salahguna dadah jangan buat main2. Memang biasa kes mangsa akan dengar bisikan, sebelum buat perkara pelik. Dan kes teruk, bunuh diri. Tak kira kaum ya. Sesiapa boleh kena.
si vani ni cm gila fetish nk ngesex ngan hantu je..ade aku penah tgok dia kiss pocong at last tetiba "pocong" tu nak kiss ketek dia dan2 si cikki ni jatuh n muntah2 kekdahnya..bangang abadi ummah leluhur manuskrip percaya sgat benda2 sex with ghost ni..da la buat channel sume hantu tipu..jadah tol