CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1022|Reply: 0

Pochettino Hangatkan Lagi Perpindahan Messi Ke PSG - Berita Harian

[Copy link]
Post time 6-1-2021 09:08 AM | Show all posts |Read mode

Mauricio Pochettino (kiri) dan Lionel Messi. - Foto ihsan Tribuna.com


PARIS: Mauricio Pochettino menegaskan "mana-mana pemain besar sentiasa dialu-alukan untuk datang ke Paris Saint-Germain (PSG)" ketika jurulatih baharu kelab gergasi Perancis itu ditanya mengenai kemungkinan perpindahan sensasi membabitkan rakan senegara, Lionel Messi.

Pengendali dari Argentina itu ditanya beberapa kali mengenai Messi pada sidang akhbar pertamanya selepas bergelar jurulatih PSG, dengan bintang Barcelona itu kini bebas untuk berbincang dengan kelab lain apabila kontraknya tamat pada Jun.

"Secara jujur, kami tidak membincangkan mengenai perkara itu. Ia tempoh yang gila buat kami, cuba menyesuaikan diri bersama kelab baharu dengan mengadakan mesyuarat, latihan, bersedia menghadapi perlawanan esok yang menjadi sasaran utama," kata bekas jurulatih Tottenham Hotspur itu dengan perlawanan pertamanya pada awal pagi esok waktu Malaysia menentang Saint-Etienne dalam Ligue 1.

"Kami akan ada masa untuk bercakap pada masa depan, tapi mana-mana pemain besar sentiasa dialu-alukan untuk datang ke Paris Saint-Germain."

Neymar mencetuskan khabar angin meluas apabila menyatakan keinginan untuk bergandingan dengan Messi pada musim depan, rakan sepasukan lamanya di Barcelona.

Jika ia boleh berlaku, kini ia tampak boleh direalisasikan di sini berbanding Barcelona, dengan kelab Catalan itu bergelut dalam situasi kewangan sukar selain krisis kepimpinan kelab.

Messi, sama seperti Pochettino, datang dari wilayah Santa Fe di Argentina. Kelab kesayangan masa kecil Messi ialah Newell's Old Boys iaitu tempat Pochettino memulakan kariernya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.047382 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list