CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1446|Reply: 5

[Politik] Gabungan UMNO-DAP Hampir Mustahil Disebabkan Ideologi, Permusuhan

[Copy link]
Post time 7-1-2021 12:39 AM | Show all posts |Read mode







PETALING JAYA: Penganalisis meragui sama ada Umno dan DAP mampu bersatu dan mengetepikan perbezaan ideologi, susulan dakwaan bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa hari ini bahawa ada perbincangan antara dua parti itu untuk membentuk kerajaan baharu.


Dalam sidang media pagi tadi, menteri wilayah persekutuan itu berkata sejumlah anggota Majlis Tertinggi Umno menghadiri beberapa mesyuarat dengan pemimpin DAP untuk membincangkan gabungan itu, dan satu pertemuan didakwa berlaku pada 17 Okt.


Pakar akademik Azmi Hassan berkata “persengketaan mendalam” wujud antara akar umbi kedua-dua parti, dan menambah pemimpin Umno perlu berusaha sekeras-kerasnya untuk memujuk penyokong mereka menyokong kerjasama dengan DAP.


Azmi Hassan



“Kepemimpinan kedua-dua parti mungkin boleh bekerja sama, namun bukan akar umbi. Bergantung kepada pemimpin mereka untuk membuatkan mereka faham betapa pentingnya kerjasama seperti itu.


“Jika akar umbi menolak sekeras-kerasnya bekerjasama dengan PPBM, maka lebih keras lagilah mereka menolak DAP.”


James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania’s menolak terus kemungkinan itu malah beranggapan mustahil dua parti itu mengetepikan pertelingkahan antara mereka.


“Perbincangan tidak akan membawa kepada sebarang persetujuan, dari segi ideologi mereka terlalu berbeza. Saya tidak yakin mereka mampu bergabung dan membentuk kerajaan.


“DAP tidak percaya dengan membezakan antara bumiputra dan bukan bumiputra, sebaliknya bagi Umno itu menjadi syarat minimum iaitu ketuanan Melayu,” katanya.


Chin menambah, perubahan prinsip asas itu akan mengakibatkan Umno tiada sebab untuk terus wujud.


James Chin.


Sementara itu, Azmi memberi contoh kerjasama antara PAS dan DAP sebelum ini sebagai bukti tiada apa yang mustahil, namun menimbulkan persoalan kemungkinan kenyataan itu bukan sekadar percaturan politik.


“Mungkin Umno mahu melemahkan Pakatan Harapan (PH). Mungkin mereka tiada niat bekerjasama dengan DAP. Mereka cuma mahu menggemparkan PH dan mencetuskan rasa sangsi. Itu juga satu kemungkinan.


“Kenyataan Annuar itu sudah pasti menggemparkan Umno juga, terutama presiden,” katanya.


Bagaimanapun, beliau percaya sebarang kerjasama antara dua parti terbabit pasti detik bersejarah untuk negara malah dilihat mampu meredakan syak wasangka antara masyarakat Melayu dan Cina.






Sumber : freemalaysiatoday

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2021 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersatu hati masa menyaksi di puncak maya kita kan bersama
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 12:44 AM | Show all posts
sibuk dengan kuasa politik dikala covid..kalau buat PRU jugak memang tolol lah
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada yg mustahil.. anything for power
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde yang mustahil dalam merebut tahta.tun,mat sabu dulu apa jer yang tak dimaki..elok2 duk semeja.ada yang puluh tahun dalam jel,saling bermaafan demi kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sifir mudah jer ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.173718 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list