Los Angeles: Penyerang skuad bola sepak Amerika Syarikat (AS) Alex Morgan berkata dia dan keluarganya 'menutup 2020' dengan mempunyai kontak Covid-19 ketika bercuti di California.
Alex baru-baru ini menyertai Orlando Pride selepas beraksi dalam tempoh yang singkat di Tottenham dalam saingan Women Super League.
Pemain berusia 31 tahun itu yang juga pemenang Piala Dunia dua kali dan menjaringkan enam gol di Perancis 2019.
"Kami semua berada dalam semangat yang baik dan kembali pulih," kata Alex menerusi catatan di media sosial.
"Selepas tempoh pengasingan kami lengkap, saya akan kembali mengikuti latihan bola sepak AS untuk memastikan keadaan badan saya pulih sepenuhnya dan bersama rakan sepasukan di padang latihan dalam tempoh terdekat."