Disebabkan ragam kumpulan berbasikal yang menyusahkan pengguna jalan raya lain, maka ramai yang memarahi serta 'mengharapkan' sesuatu terjadi kepada mereka.
Menurut laporan CPRC Kebangsaan, kini muncul Kluster Kayuh Kuala Lumpur membabitkan 11 mangsa dari daerah Titiwangsa, Kepong dan Lembah Pantai.
Netizen seakan-akan 'bersetuju' dengan kluster tersebut yang berdegil dalam mematuhi peraturan (SOP).
Foto : Twitter
Masih geram dengan gelagat geng berbasikal yang bukan sahaja tidak mematuhi peraturan jalan raya, malahan tergamak meminta kenderaan lain menghormati mereka membuatkan netizen menyampah.
Jadi, dengan adanya kluster terbaharu ini, ia seolah-olah memadankan muka mereka kembali.
Foto : Twitter
Foto : Twitter
Bagi netizen, mereka bukan meminta jadi sebegitu, namun sekurang-kurangnya mengharapkan kumpulan berbasikal ini mempunyai empati terhadap pengguna jalan raya lain.
Selain itu, jika mempunyai gejala kesihatan lebih baik tidak mengayuh basikal daripada terus menyebarkan virus kepada orang lain. Bukan ke itu pentingkan diri sendiri namanya?
Foto : Berita Harian
Diharapkan dengan tragedi ini, kumpulan berbasikal lain lebih berhati-hati dan mematuhi SOP yang ditetapkan supaya tiada lagi kes Covid-19 menular. Jadi, netizen pun tidak lah menyampah kan? - CARI
|