View: 1907|Reply: 16
|
ROS Tak Luluskan MUDA, Kenapa Takut Dengan Parti ‘Nyamuk’? - Syed Saddiq
[Copy link]
|
|
Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengenai keputusan enggan meluluskan penubuhan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) terus dipersoalkan.
Malah, kepimpinan MUDA sebelum ini mendakwa pernah mengadakan pertemuan dengan ROS sebagai usaha untuk memenuhi syarat kelulusan.
Walau bagaimanapun, mesyuarat yang diadakan beberapa kali itu tidak membuahkan hasil.
Kredit foto: IG Syed Saddiq
Oleh demikian, ROS dipersoalkan kerana keputusan tersebut mengambil masa lebih 100 hari, sedangkan waktu pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dahulu cuma ambil masa 30 hari.
“MUDA sudah berjumpa dan bermesyuarat dengan ROS beberapa kali sepanjang proses pendaftaran. Mengapa ROS tidak pernah membangkitkan apa-apa masalah berkenaan pendaftaran terus kepada kami waktu mesyuarat?
“MUDA sudah memenuhi semua keperluan yang diperlukan untuk mendaftarkan sebuah parti politik yang sah. Apa lagi keperluan yang ROS mahu?
“Semua penaja MUDA (mereka yang mendaftarkan MUDA) adalah warganegara Malaysia dan tidak muflis. Adakah ROS ada apa-apa isu dengan status setiap penaja MUDA?
“Yang lebih menghairankan saya, waktu PPBM (Bersatu) daftar dengan ROS, ambil masa 30 hari. Waktu Perikatan Nasional (PN) daftar lagi laju, tiga hari sahaja. MUDA? Dah lebih 100 hari tapi tetap ditolak.
“Apa lagi masalah yang ada pada pendaftaran MUDA?”
Demikian persoalan dilontarkan oleh antara pengasasnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam satu kenyataannya hari ini selepas mengetahui keputusan ROS mengenai permohonan pendaftaran MUDA.
Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan kenyataan rasmi MUDA yang memaklumkan kecewa dengan keputusan ROS yang tidak meluluskan penubuhan parti berkenaan.
Oleh demikian, MUDA mempersoalkan hak berperlembagaan untuk rakyat Malaysia berpersatuan dan bahagian dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Syed Saddiq yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar itu turut menempelak sesetengah ahli politik lain menyifatkan MUDA sebagai ‘parti nyamuk’.
“MUDA ini parti baru, masih kecil dan kononnya dianggap parti ‘nyamuk’ oleh sesetengah ahli politik lama.
“Jadi, biarlah MUDA jadi parti politik yang sah. Tak perlu takut dengan ‘nyamuk’,” katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta ROS menjelaskan sebab tidak meluluskan penubuhan MUDA dan sedia beri kerjasama.
Sumber: Suara Merdeka
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Zalim...pilih kasih..discriminating..aniaya..jahat!!
Bio la depa nk.berparti.puak depa..mcm oghe lain
HAK depa di nafikan...bleh pi court n ROS bleh di saman!!!
Go Sadiq botak..go |
|
|
|
|
|
|
|
Apa masalah nya parti org muda... bosan betul tgk politician sama berpuluh tahun sampai nk mampus baru let go jawatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa mula2 dia umumkan nak daftar MUDA, kan ke dah ada persatuan ke NGO bernama MUDA yg dah sedia berdaftar dgn ROS? Jadi SSaddiq ni tak blh lah lagi guna nama MUDA kan? I would think ini sebab yg ROS tolak ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
che-cikL replied at 8-1-2021 08:20 AM
Masa mula2 dia umumkan nak daftar MUDA, kan ke dah ada persatuan ke NGO bernama MUDA yg dah sedia be ...
Ye betul, saddiq tau tapi kenapa dia tak mau tukar nama pertubuhan dan tak mau cerita yg sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa tk tanya pada ROS kenapa tak luluskan lg?
Kata dah banyak buat meeting
Follow up tk boleh ke
Memandai je aku ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bg aku biarla dia daftar..
Ada masalah dlm pendaftaran sila bagi tau |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan.... kalau jadi betul2 parti ni... nanti bila SS dah 60 tahun pun dia presiden ke tak?
parti berdasarkan umur ni tak make sense la. |
|
|
|
|
|
|
|
halah halah halah
parti cucu Atok |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm boleh challenge di mahkamah ke kalau mcm ni? |
|
|
|
|
|
|
|
eloklah bagi ke org muda plak pimpin negara ni..hampir melingkup dah Msia ni haa dari dulu x abis2 tua2 kutuk je yg perintah |
|
|
|
|
|
|
|
Kaw buat tema parti macam environmental, sustainability tak boleh ker, bangsat? |
|
|
|
|
|
|
|
Parti kat Malaysia neh semua bentuk race, background umo jer ker? Nape bodo bangang sangat Malaysians neh semua macam takde isu lain ngkaw nak bawak ke muka depan! Isu sustainability kan banyak, idiot! |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus RoS batalkan pendaftaran ni.. anak MUDA ni tau nak berparti saja.. parti bersyabu-syabu di apartment, parti so-sial, mabuk2 cucuk langit...
Biaq org tua saja la berparti Tupperware... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya MUDA tu dah ada org guna |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 8-1-2021 08:15 AM
Apa masalah nya parti org muda... bosan betul tgk politician sama berpuluh tahun sampai nk mampus ba ...
Setuju..ROS pun, kalau cukup semua syarat..ko luluskan lah....nak tgk juga parti anak muda ni camana...hopefully semua yg terpelajar lah..baru parti lama2 boleh pencen hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
che-cikL replied at 8-1-2021 08:20 AM
Masa mula2 dia umumkan nak daftar MUDA, kan ke dah ada persatuan ke NGO bernama MUDA yg dah sedia be ...
So pegawai komunikasi korporat ROS nih dah xde suara ke...ko masuk berita TV..sokkabar, social media etc etc bgtau..Kan senang..takdelah org lain buat spekulasi...aduyai la |
|
|
|
|
|
|
| |
|