View: 7189|Reply: 34
|
Pengantin Perempuan Perlu Menangis Ketika Berkahwin, Jadi Adat Supaya Dipandang
[Copy link]
|
|
Menjadi antara negara kuasa terbesar di dunia, China memiliki sejarahnya yang tersendiri kerana mempunyai penduduk daripada pelbagai etnik.
Setiap etnik memilki budaya serta adat unik yang telah diamalkan sejak berkurun lamanya.
Etnik Tujia yang merupakan kumpulan minoriti yang tinggal di wilayah Sichuan memilki adat yang unik untuk majlis perkahwinan.
Bagi setiap orang, perkahwinan menjadi satu saat yang ditunggu-tunggu dan pastinya memberikan kegembiraan kepada pengantin dan keluarga.
Kredit foto: Kosmo
Tetapi bagi Etnik Tujia, mereka memiliki adat unik sebelum majlis perkahwinan diadakan yang mana pengantin wanita dan keluarganya perlu menangis sebelum dan semasa majlis berlangsung.
Agensi berita China Daily melaporkan, adat tersebut telah lama diamalkan di beberapa kawasan di wilayah Sichuan.
Dikhabarkan adat tersebut bermula pada awal abad ke-17 dan sehingga dinasti Qing yang berakhir pada 1911.
“Sehingga kini, adat tersebut masih diamalkan oleh sebilangan etnik Tujia.
“Meskipun adat ini tidak lagi terkenal seperti sebelum ini, di beberapa tempat terutamanya etnik Tujia masih menganggapnya sebagai prosedur perkahwinan yang perlu dilakukan,” jelas laporan tersebut.
Menurut kepercayaan etnik Tijua, setiap pengantin perempuan harus menangis sebelum dan semasa majlis perkahwinan.
Jika tidak, jiran-jiran akan memandang rendah kepadanya sebagai seorang gadis yang lemah budi pekerti dan akan menjadi bahan ketawa di kampung.
Ada juga kes yang berlaku apabila pengantin perempuan dipukul oleh ibunya hanya kerana tidak menangis pada majlis perkahwinan.
Seperti dicatatkan dalam sejarah, adat tersebut berlaku sewaktu zaman perang antara negara pada 475-221 SM apabila puteri dari Negara Zhao telah berkahwin dengan putera dari negara Yan.
Ibu puteri itu menangis saat pemergian anak perempuannya itu dan meminta anaknya untuk pulang secepat mungkin.
Kemudian kisah itu disanjung dan menjadi asal usul adat untuk menangis sewaktu perkahwinan.
Kredit foto: Kosmo
Di bahagian barat wilayah Sichuan, kebiasaannya pengantin perempuan mula menangis sebulan sebelum hari perkahwinan.
Ketika malam menjelang, pengantin perempuan akan berjalan di dalam dewan dan menangis selama sejam.
Selepas 10 hari, ibu dan nenek pengantin akan turut serta bersamanya untuk menangis.
Selain itu, saudara dan ibu saudara pengantin juga harus mengikut adat tersebut.
Namun, dalam perkahwinan yang diatur di masa lalu, ada banyak pengantin perempuan menangis tidak bersetuju dengan perkara itu. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nangeslaaaa boleh kompol2 masuk lam tempayan |
|
|
|
|
|
|
|
orang hepi2 nak kawen, diorang suruh nanges pulak, siap kena pukul pulak tu. adoi...kesiannye. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 adat ada dlm dunia ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kaum perempuan banyak suka buat adat bodoh. Kalau kat india lagi teruk bini jadi alat buat duit oleh suami dayus. Suami goyang telur je dapat duit. Kalau mati kena tanam sekali. Dengan kedatangann islam memuliakan kaum wanita. Wanita diangkat darjatnya setaraf dengan fungsinya melahirkan zuriat ke dunia. Jika berbakti kepada ibu bapa, Rasulullah menyebut ibu sebanyak 3 kali, kemudian barulah bapa. Begitulah hebat peranan dan darjat wanita di sisi islam. Sayang ramai manusia buta mata dan hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Aura negative. Sampai ke emak & makcik-makcik menangis. Entah apalah faedahnya adat ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
lain padang lain belalang ye tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baiklah aku jantan.
Aku tak suka menangis dan amat payah untuk menangis...... apatah lagi menangis tanpa isu, menangis sebab cuma nak kahwin |
|
|
|
|
|
|
|
so kalau susah nak nangis cemana? kena potong bawang sorok dalam sarung tetek gitu nak bagi keluar air mata? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 adat ada yang ni macam tak sesuai dengan suasana dah macam rumah kematian pula |
|
|
|
|
|
|
|
X kuasa aq |
|
|
|
|
|
|
|
teringat citer Big Bag Theory. masa Penny - leonard kawin.
Sheldon tanya mak dia 'kenapa orang menangis masa kahwin?' pastu mak dia cakap 'praktis apa yg akan jadi pada masa akan datang'
|
|
|
|
|
|
|
|
Adat ni byk menyusahkan.kalau jenis yg brpegang adat ni susah!!bwk la yg molek je yg mnyusahkan tgl je lahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Xbengkak ke mata?xsembab ke muka?setiap hari nangis |
|
|
|
|
|
|
|
letak eyemo la mcm retis2 kalo berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
mampus nak mengais lama2..
tak kosser nyah... |
|
|
|
|
|
|
|
Masa aku nikah, mak dgn makcik2 aku semua pakat nangis. Agaknya sebab aku yg pertama kawin di kalangan sepupu2 yg lain, tu yg geng mak2 ni emo sikit. Aku pulak siap tersengih2 lg suka dapat kawin, nampak sgt gatalnya |
|
|
|
|
|
|
|
Semasa akak berkahwin lelaki melayu, saudara mara akak semua bergembira saja..
Akak pelik juga orang malaysia ini suka menangis di hari perkahwinan.. seperti lelaki masiang2 akan membawa anak mereka pergi merantau ke Oslo pula..
|
|
|
|
|
|
|
|
abislah mekap nok menangis tak pasal2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|