View: 3125|Reply: 19
|
10 Tahun Berhijrah Ke Amerika Syarikat, Kumaar Gigih Ajar Isteri Berbahasa Melay
[Copy link]
|
|
Meskipun sudah 10 tahun berhijrah ke Amerika Syarikat (AS), L Kumaar tidak sesekali lupa dengan asal usulnya.
Buktinya, lelaki berusia 33 tahun yang berasal dari Klang, Selangor itu tidak hanya aktif memuat naik kandungan video berkaitan keistimewaan Malaysia di Youtube.
Malah, dia turut mengajar isterinya, Rachel Kumaar, 30, bertutur dalam bahasa kebangsaan.
Baru-baru ini, Kumaar memuat naik video menunjukkannya menguji Rachel dengan meminta isterinya mencari bahan masakan di pasar raya berpandukan senarai nama dalam bahasa Melayu.
Aksi pasangan itu mendapat perhatian warganet yang menyifatkan mereka pasangan comel selain memuji kesungguhan Rachel menyahut cabaran suaminya.
Bercerita lanjut, Kumaar yang bekerja sebagai pegawai strategi media di sebuah agensi pemasaran berkata, dia berhijrah meninggalkan tanah air kerana menerima tawaran melanjutkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Pengurusan Projek di Universiti Devry, Illinois, AS.
"Saya berkenalan dengan Rachel pada satu majlis yang diadakan di sebuah gereja.
"Sejak itu, kami menjalin hubungan dan akhirnya sepakat untuk berkahwin pada Jun 2014.
"Hubungan kami direstui kedua-dua belah keluarga dan mengadakan resepsi di Malaysia serta AS," katanya ketika dihubungi Harian Metro menerusi kiriman WhatsApp .
Seperti pasangan lain, Kumaar dan Rachel juga tidak dapat lari daripada berdepan cabaran di alam perkahwinan tambahan mereka datang daripada latar belakang dan budaya berbeza.
"Cabaran utama kami adalah komunikasi dan perbezaan budaya. Namun, kami cuba belajar dan menghargai budaya satu sama lain.
"Setiap hari, kami belajar memahami satu sama lain dan selalu mencari jalan tengah dalam semua perbezaan demi mencari titik persamaan yang boleh menyatukan keluarga," katanya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zaden Kumaar yang berusia dua tahun dan adiknya, Kyren, lima bulan.
Mengulas mengenai kesungguhannya mengajar Rachel memahami dan bertutur dalam bahasa Melayu, Kumaar berkata, ia salah satu caranya untuk memastikan isterinya tidak kekok dan boleh bertutur dengan baik sekiranya datang ke Malaysia.
"Tak sangka perkongsian saya di Youtube yang menunjukkan cabaran Rachel bertutur dalam Bahasa Melayu selama 24 jam itu dan lain-lain lagi menarik perhatian warganet.
"Ini kerana kami lakukan rakaman hanya untuk berseronok ,tidak lebih daripada itu.
"Lagipun, saya bangga dengan negara, bahasa dan budaya Malaysia jadi memang teringin mengajar isteri dan anak-anak supaya menghargainya," katanya yang sudah mengumpul 110,000 pengikut di Youtube.
Kumaar berkata, matlamatnya adalah untuk menjadikan Malaysia terkenal di mata dunia menerusi perkongsiannya di platform digital
Menurutnya, keinginan itu ada selepas berhijrah dan melihat adanya adanya segelintir rakyat Malaysia yang tidak begitu menghargai budaya sedangkan dia pula bangga dengan identitinya walaupun sudah lama menetap di luar negara.
"Selepas berpindah dari Malaysia dan menetap di sini saya semakin menghargai tanah air , budaya dan makanan tempatan.
"Malah, saya tidak sabar pulang ke Malaysia kerana kali terakhir adalah pada Disember 2019.
"Mengikut perancangan, saya sepatutnya membawa anak dan isteri pulang pada tahun lalu tetapi hasrat itu tidak kesampaian kerana Covid-19 namun akan terus berbuat demikian apabila sempadan dibuka nanti," katanya.
Sumber : hmetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mohon terasa malu la ummah meleis urban konon xnak cakap melayu lebih mengagungkan bahasa omputih |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ke yg baru kawen ritu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex: Dia ke yg baru kawen ritu?
Anak dah dua tuuu..tak baru sangat la. |
|
|
|
|
|
|
|
hritu dia ni kot aku tgk masak nasi lemak pastu bungkus bg kat kawan2 foreigner dia.. comey plk aku tgk bini dia duk bungkus nasi lemak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni kalau bini pemes jgn kau tibai bini mcm kes Sugu Pavithra |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je video2 dia. Sama mcm kita jugak jika org penang kawin org kelantan.
Nothing new. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah masih tak lupa akan bahasa kebangsaan |
|
|
|
|
|
|
|
Wajar dipuji..tp bg aku biasa ja la sbb kwn2 indian aku semua mmg fasih n xda masalah btutur dlm bhs malaysia..cuma aku perasan cina lokal mmg reluctant nk ckp bahasa..bkn la semua k..kang ada yg tlg sentap bg pihak mereka plak |
|
|
|
|
|
|
|
mcmana dia boleh migrate sana. nak jugakk. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya bila ko g US nun org sana x heran pon dgn English berabuk engko.. dorang lg impress dgn your mother tounge.. then masa tu baru ko rasa bangga jd non american.. |
|
|
|
|
|
|
|
sugu sejenis tak educated....
jenis ego melambung kalau kena provoke dengan member
|
|
|
|
|
|
|
|
aku harap.si vivi vijik tu bole ajar laki dia yg bong*k tu cakap bahasa melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
King Coco lots of mix sila tengok cermin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Die baru bagi wife die mazda cx8 kot eh.
sweet je tgok die excited bagi wife die. siap say sorry sbb bg second hand.
boleh relate dgn kehidupan, unlike most instafemes meleis yg nak promote kekayaan saje dgn tujuan pembakar semangat utk kerja tanpa kene study
|
|
|
|
|
|
|
|
elok lah tu ajar bini cakap melayu, boleh buat content utk youtube dia |
|
|
|
|
|
|
|
jasmeen replied at 15-1-2021 04:54 PM
aku harap.si vivi vijik tu bole ajar laki dia yg bong*k tu cakap bahasa melayu.
Sejak bila laki dia tak tau calap melayu hahahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Rob07 replied at 21-1-2021 07:23 AM
Sejak bila laki dia tak tau calap melayu hahahahahahaha
laki dua acah acah tak faham certain malay words contoh kobis halia etc.so annoying.macam dia sorang duk iversea |
|
|
|
|
|
|
|
jasmeen replied at 21-1-2021 10:10 AM
laki dua acah acah tak faham certain malay words contoh kobis halia etc.so annoying.macam dia sora ...
Mungkin dia lupa yg dia tu melayu ,makan belacan , petai, tempoyak . takkan lah benda2 basic camtu pun tak kenal kot? Nampak sgt membongak nya! |
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa jiwa bangsa gitew.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|