View: 1378|Reply: 7
|
Nak Bunuh Adik Sebab Nampak Seperti Jin
[Copy link]
|
|
Seorang pesawah ditahan polis selepas mengugut mahu membunuh dua adik perempuannya di hadapan sebuah rumah di Kampung Lembah Raja Pinang Tunggal, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 7.40 malam, dua adik perempuan suspek terkejut apabila didatangi abangnya berusia 37 tahun yang tiba-tiba mengamuk dengan memegang sebatang besi sepanjang 122 sentimeter.
Suspek bertindak mengetuk dinding dan menendang pintu rumah dengan mengugut dua adik perempuannya supaya keluar kerana mahu membunuh mangsa dengan mendakwa mereka kelihatan seperti 'jin'.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kedua-dua mangsa yang ketakutan kemudian menyelamatkan diri dengan keluar di pintu belakang sebelum menghubungi polis.
Gambar Hiasan
"olis berjaya ditahan pada jam 8.30 malam. Besi yang digunakan suspek dalam kejadian itu turut dirampas untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, siasatan yang dijalankan ke atas mangsa memaklumkan bahawa mereka berdua ternampak suspek bercakap seorang diri di tepi jalan berdekatan rumah.
"Mereka berdua tidak menghiraukan suspek kerana sejak dua ke tiga minggu lalu suspek selalu berkelakuan sedemikian kerana masalah dadah.
"Bagaimanapun secara tiba-tiba suspek datang ke arah mereka berdua dengan memegang besi panjang sebelum kedua-duanya melarikan diri ke dalam rumah dan mengunci pintu dari dalam, namun disebabkan ketakutan mereka keluar melalui pintu belakang seterusnya menghubungi polis," katanya.
Noorzainy berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek yang mempunyai tiga rekod lampau positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni yang payah ada abang untuk protect adik perempuan dah jadi pesakit dadah dan hallucinate. |
|
|
|
|
|
|
|
sendiri yg jadi jin...nak bunuh org lain pulak |
|
|
|
|
|
|
|
mendadahhhh gitu laa kejadiannya.. nampak jin laa setan laa.padahal diri sendiri tu yang setan |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mat dadah bawah rumah aku ni la.. ramai yg kesian sampai nak bagi duit & tempat tinggal. Bodohhhh! |
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa lelaki melayu mudah ambil dadah? tidak kuat iman betul lelaki melayu semua |
|
|
|
|
|
|
|
Taik dadah ke..patut laa..kalau nampak mcm bidadari,agaknya kena rogol adik2 perempuan dia tuh..sick people are everywhere |
|
|
|
|
|
|
|
Sila jauhi najis dadah kalau x nak ada masalah seperti ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|