View: 1370|Reply: 5
|
” Jangan Beri Amanah Kepada Golongan Bermoral Rendah, Terpalit Dengan Rasuah” –
[Copy link]
|
|
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah mengingatkan umat islam agar tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah, terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, tidak amanah dan tidak ikhlas.
Tambah baginda, umat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan menolak perlakuan golongan yang berimej mungkar dan munafik, kerana ia boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam.
Baginda bertitah sedemikian di Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Penggal 2021-2023, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perak di Dewan Al Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.
“Masyarakat Islam hendaklah dibina daripada kalangan ummah yang mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna dalam semua lapangan, merangkumi kehidupan berkeluarga, berjiran tetangga, bermasyarakat dan bernegara.
“Masyarakat Islam hendaklah diserlahkan melalui kecemerlangan ummah menguasai ilmu dan pengetahuan, pekerjaan dan profesion, penguasaan ekonomi dan pemilikan kekayaan serta kehebatan budaya dan keagungan tamadun,” titah baginda.
Dalam pada itu Sultan Nazrin turut menyatakan peruntukan Perlembagaan yang memaktubkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam, memberi jaminan agama Islam dilindungi dan tidak akan terjejas walaupun berlaku perubahan kepimpinan politik negara serta negeri setiap kali selepas pilihan raya.
“Tanggungjawab memberi erti, makna kepada frasa perundangan tersebut terletak di atas bahu setiap umat Islam yang wajib berusaha menjelmakan Islam secara terserlah dalam budaya hidup harian,” titah baginda lagi.
Tambah baginda, rakyat ketika ini sedang memerhati, mendengar, mengikuti apa yang berlaku di dalam negara dan baginda menyifatkan ujian yang sedang dilalui kini berpunca daripada perbuatan zalim manusia.
“Hamba-Mu memohon agar dilindungi ummah-ummah yang tidak berdosa daripada ditimpa bala bencana akibat daripada perbuatan zalim pihak-pihak yang telah melanggar perintah Mu, Ya Allah. Ya Wahhab! Ya Razak! Ya Rafiq! Ya Muiz!.
“Di atas bahu hamba-Mu ini, Engkau amanahkan tanggungjawab berat sebagai Ketua Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan. Kepada Mu jua, hamba-Mu memohon dikurniakan hidayah agar dapat membantu hamba-Mu menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan, memimpin jemaah menemui jalan lurus yang dapat memberi kebahagiaan dunia serta akhirat.
“Ketika dunia sedang berhadapan pelbagai kemelut sama ada berbentuk wabak penyakit yang terus menular, bencana alam yang sering melanda, polemik politik yang semakin bergelombang dan suasana ekonomi yang suram, kuatkan pegangan dan kukuhkan iman sekalian hamba-Mu agar yakin kepada kuasa-Mu yang Esa,” titah Sultan Nazrin.
Pada majlis itu, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini menerima watikah pelantikan sebagai Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.
Sumber : Buzzkini |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Xpe moral rendah dan corrupt. Yang penting melayu islam! |
|
|
|
|
|
|
|
Kau bodoh eh??? Ni kau bukak benang yg dah ada kenapa?! |
|
|
|
|
|
|
|
Sesat lagi menyesatkan
tak ada kalangan Muslim diajar begitu
you siapa?
jika dah dibicara, tak boleh buang kes macam
PH buat atas kes rasuah banglo guan eng DAP- itu KORUP
dah ada bukti video, tak boleh buat2 buta tak mahu
siasat macam kes semburit azmin - itu KORUP
bersemburit PKR - itu MORAL RENDAH
Zeti terima duit dari jho low, tapi tak dakwa zeti sebab
geng sendiri, Bunga + pejuwang - itu KORUP
|
|
|
|
|
|
|
|
dizekni replied at 14-1-2021 04:35 PM
Sesat lagi menyesatkan
tak ada kalangan Muslim diajar begitu
Tu kes shahidan kassim mencabul kanak kanak. Kan kerajaan melayu islam juga gugurkan.
Kes anak tiri najib berbillion wang 1mdb. Kerajaan pn juga putuskan utk tidak teruskan.
Sama juga kes musa aman. Dekat 50 kes. Tidak diteruskan.
Yang penting melayu islam.
Berpura pura berdoa dalam tv hari hari. Belakang main golf dengan bisnesman n makan rasuah.
Rasuah jawatan pada mp untuk sokongan. Jahanam glc ke apa dek mp mp perasuah pun xde hal.
Janji melayu islam. |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis replied at 14-1-2021 05:09 PM
Tu kes shahidan kassim mencabul kanak kanak. Kan kerajaan melayu islam juga gugurkan.
Kes anak ...
Nak kata bangsa ko je yang tak korup ka
baling batu sembunyi tangan
kes kuil paling hipokrit
corrupt to the max |
|
|
|
|
|
|
| |
|