View: 2474|Reply: 8
|
"Jangan Hancurkan Harapan Orang" - Anji Diminta Wujudkan Gerakan Anti
[Copy link]
|
|
Penyanyi Anji, 42, tidak bersetuju apabila seorang pengikutnya di Instagram meminta dia mewujudkan gerakan anti vaksin memandangkan terdapat segelintir rakyat Indonesia menolaknya.
Kredit foto: Liputan 6
Anji berkata, mendapatkan suntikan vaksin adalah hak masing-masing dan ramai yang bergantung harap terhadapnya untuk menangani virus Covid-19.
"Saya tidak bersetuju tolak vaksin. Kenapa? Kerana banyak masyarakat berharap. Kerajaan juga sudah berusaha. Kalau anda tidak mahu vaksin, itu hak anda. Namun, untuk membuat gerakan atau demonstrasi itu hal lain. Sudahlah, jangan jadikan rakyat berhentam sesama rakyat. Kalau tidak mahu, ya itu hak anda tapi jangan hancurkan harapan orang lain," katanya.
Anji menyedari bahawa semua masyarakat pastinya ingin masalah Covid-19 dapat diatasi. Justeru, dia tidak mahu orang ramai berpecah-belah hanya kerana isu vaksin.
"Kita semua sama-sama penat. Semua ingin selesai dan keluar. Tidak usah kecoh-kecoh. Nanti tambah penat. Jalankan saja apa yang diyakini," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan penyanyi lagu Dia itu selepas pengikut bertanya kenapa Anji tidak buat gerakan anti vaksin. Individu itu turut mendakwa vaksin berbahaya dan mendedahkan saudaranya lumpuh disebabkan vaksin.
Kredit foto: IG Anji
Terdahulu, Anji pernah mencetuskan perdebatan apabila menolak normal baharu. Dia juga menegaskan bahawa sesetengah orang tidak mahu bersuara sepertinya kerana tidak mahu 'diserang' orang yang berbeza pendapat.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk anti vaks. Makanan yg tak tau dari mana sumber ingredients boleh pulak telan |
|
|
|
|
|
|
|
haha iols teringat kartun - vaksin sibuk halal haram, yg rokok tkde tanda halal korang hisap jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar muka penuh screen, dgn bulu mata melentik, langsung takde kena mengena dgn caption gambar |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nak vaksin, tapi nanti sibuk2 masuk negara orang bawak penyakit ya amponnn.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang bertanya tu nape nak soh org buat gerakan, |
|
|
|
|
|
|
|
alah antivax di yg mengada2 mintak rentas negeri sekarang.mengada2 g la duk dlm utan benut nu..takat menggoogle sume org le buat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|