CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5736|Reply: 44

Rugi Siapa Yang Tak Suka Makan Bayam

[Copy link]
Post time 19-1-2021 10:05 AM | Show all posts |Read mode

Bayam antara sayuran yang kaya dengan pelbagai nutrisi penting untuk kesihatan. (Gambar Rawpixel)


Bayam merupakan salah satu sayuran yang mudah dimasak dengan pelbagai cara. Bayam juga merupakan sayuran berserat dan kaya dengan pelbagai sumber nutrisi, bermula dari daun hingga akarnya seperti protin, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, hingga ke vitamin A, B dan C.

Oleh kerana kaya dengan serat, maka bayam sangat membantu melancarkan proses pencernaan. Malah, akar bayam merah juga berkhasiat untuk rawatan infleksi pada usus.

Selain itu, bayam turut membantu memperkuatkan akar rambut, membersihkan darah selepas melahirkan, membantu mengawal tekanan darah rendah, kurang darah (anemia), dan masalah ginjal.

Namun, bayam juga mempunyai purin yang tinggi dan pengidap gout tidak digalakkan makan bayam terlalu banyak.

Selalunya, bayam merah dikatakan mempunyai lebih khasiat daripada bayam hijau.

Cuba lihat, antara khasiat bayam kepada kesihatan.

1. Meningkatkan kesihatan tulang

Bayam memiliki kandungan vitamin K dan magnesium. Dalam satu mangkuk bayam mengandung 987% vitamin K harian dan 39% magnesium. Vitamin K penting untuk kesihatan tulang.

Selain itu, bersama dengan vitamin D, vitamin K juga meningkatkan kepadatan tulang. Malah, kadar kalium yang tinggi dalam bayam juga membantu melindungi dari kehilangan kepadatan mineral tulang.

2. Mencegah anemia

Bayam memiliki kandungan zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Tanpa zat besi yang cukup, darah tidak dapat menghasilkan hemoglobin.

Hemoglobin adalah protin dalam darah yang memberi warna merah pada sel darah dan bertugas mengangkut oksigen ke organ. Oleh itu, makan makanan kaya zat besi penting bagi mereka yang menderita atau berisiko anemia.

3. Baik untuk kulit dan rambut

Bayam mengandung vitamin A yang tinggi, nutrisi yang diperlukan untuk pengeluaran sebum agar rambut tetap lembab. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua jaringan tubuh, termasuk kulit dan rambut.

Selain itu, bayam juga kaya vitamin C yang dapat membantu menjaga kulit tampak awet muda dan menyembuhkan luka. Mengambil vitamin C yang cukup dapat membantu membina dan memelihara kolagen yang memberikan struktur cantik pada kulit dan rambut.

4. Mengurangkan gejala asma

Kandungan magnesium di dalam bayam juga bagus untuk penderita asma. Magnesium berkesan untuk serangan asma.

Selain itu, bayam juga memiliki beta-karoten tinggi yang dapat membantu penderita asma mengurangi gejalanya.

5. Baik untuk kesihatan mata

Bayam adalah sumber karotenoid lutin dan zeaxanthin yang baik dan membantu mencegah degenerasi makula dan katarak.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sebuah institut, telah menunjukkan bahawa mereka yang makan bayam tiga kali seminggu memiliki risiko 43% lebih rendah terkena degenerasi makula.

6. Melawan radikal bebas

Radikal bebas merupakan atom tidak stabil yang menyebabkan keadaan stres oksidatif. Stres oksidatif merupakan kondisi yang berbahaya, kerana ia merosakan sel DNA, dan menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.

Salah satu manfaat bayam adalah melawan radikal bebas, serta mengurangkan kondisi stres oksidatif melalui beberapa jenis antioksidan padanya iaitu vitamin A, vitamin C, kaempferol dan kuersetin.

7. Mengawal tekanan darah

Sayur bayam juga kaya dengan nitrat yang bermanfaat untuk mengawal tekanan darah. Dengan mengendalikan tekanan darah, makan sayur bayam juga dapat mengurangi risiko terkena penyakit jantung.

8. Mengawal diabetes

Bayam juga dikatakan mampu mengawal penyakit diabetes. Ini kerana, sayur bayam mengandungi molekul antioksidan dipanggil asid alfa-lipoat, yang terbukti dapat menurunkan kadar glukosa dan meningkatkan sensitiviti insulin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
baru mkn bayam merah smlm.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak aku jadi Raja Bersionggg
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:46 AM | Show all posts
Baru beli bayam kat mart semalam...tengah fikir nak buat sup bayam...nom nom...taruh meatball  daging separa gergasi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:49 AM | Show all posts
yg pic tu baby spinach .. sedap makan mcm tu saja atau di buat jus

bayam biasa yg besar2 tu .. masak tumis air je
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:54 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 19-1-2021 09:55 AM
airisa replied at 19-1-2021 09:49 AM
yg pic tu baby spinach .. sedap makan mcm tu saja atau di buat jus

bayam biasa yg besar2 tu .. ma ...



Ni bayam yang beli semalam...google jer...




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2021 11:40 AM | Show all posts
seribulan replied at 19-1-2021 02:46 AM
Baru beli bayam kat mart semalam...tengah fikir nak buat sup bayam...nom nom...taruh meatball  dagin ...

nak resepi uols..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 11:43 AM | Show all posts

Google...tukar je sayur

SUP SAYUR BEBOLA DAGING

Sup Sayur Bebola Daging



Bahan-bahannya:
12 biji bebola daging dibelah 2
3 rumpun sawi bunga dipotong kecil- tukar bayam
5 biji tomato ceri dibelah 2
5 keping cendawan tiram dicarik kecil
1 batang chineese leek dipotong kecil
1/2 biji bawang besar holland dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu teh pes cili
3 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis

            


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis buah pelaga, bunga lawang, bawang putih & bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, perasa & bebola daging, biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan semua sayur diatas. Kacau 2 minit  dan angkat.
5. Hiaskan dengan taburan bawang goreng & daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.


            









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka makan bayam cicah sambal belacan atau budu bilis.



Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-1-2021 11:43 AM
Google...tukar je sayur

SUP SAYUR BEBOLA DAGING

Menarik...nak cubalah resepi Sb bagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 21-1-2021 09:04 AM
Menarik...nak cubalah resepi Sb bagi ni

Saya pun nak masak bayam utk berbuka ni...ada pulak bunjut sup...lagi mudahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-1-2021 10:46 AM
Baru beli bayam kat mart semalam...tengah fikir nak buat sup bayam...nom nom...taruh meatball  dagin ...

Sila buat, sb.

Rabu baru ni akak buat brocolli soup with meatball. Hari tu beli 2 brocolli. Bayam pun favourite akak. Tambah lagi ia membantu proses pencernaan kita. Kikikiki
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 04:15 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 22-1-2021 03:12 PM
Sila buat, sb.

Rabu baru ni akak buat brocolli soup with meatball. Hari tu beli 2 brocolli. Bay ...

Habis dah bayam masuk perut...Brokoli dah jadi.tomyam
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 04:19 PM | Show all posts
malas nak masak bayam lambat nak cuci
beli sayur goreng kat kedai je
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 04:20 PM | Show all posts
bayam purple & hijau biasanya mmg masak bening je
bayam brazil je suka naw naw buat ulam lawan dgn cencalok+budu+cili padi+bawang besar percah limau.. peehhhhh nikmat! dgn  krup krap krup krap bunyinya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 21-1-2021 10:03 AM
Suka makan bayam cicah sambal belacan atau budu bilis.

Wah.. boleh try ni! Biasa bayam atau bayam merah tu buat tumis bilis aje atau baby spinach buat ulam. Bayam pasir pulak buat sup sebab sup dia tu dikatakan bagus utk lawaskan kencing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-1-2021 12:00 PM
Saya pun nak masak bayam utk berbuka ni...ada pulak bunjut sup...lagi mudahkan...

Sb...hirup kuah sedap tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:46 PM | Show all posts

Dah habis hirup sup bayam
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 22-1-2021 04:21 PM
Wah.. boleh try ni! Biasa bayam atau bayam merah tu buat tumis bilis aje atau baby spinach buat ul ...

Sedap Kak Leen..cubalah...dalam sambal belacan tu  boleh juga nak letak isi ikan sardin/selayang yang dah direbus atau isi ikan keli bakar. Campur air asam jawa atau limau kasturi secukupnya. Cukup masam masin...bertambah nasi.

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 22-1-2021 04:21 PM
Wah.. boleh try ni! Biasa bayam atau bayam merah tu buat tumis bilis aje atau baby spinach buat ul ...

Bayam merah tumis bilis..telan air liur baca ni


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.240241 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list