CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1614|Reply: 2

Hari Jadi Arwah Abam Ke-33, Achey Sedih Tak Dapat Ziarah Kubur

[Copy link]
Post time 19-1-2021 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Hampir setahun pemergian Allahyarham Abam masih lagi dirasai semua lebih-lebih lagi buat ahli kumpulan Bocey sendiri iaitu Achey dan Fad.


Sempena mengenang ulang tahun kelahiran ke-33 Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada Selasa, Achey berkongsi luahan hati terhadap sahabat baiknya itu.


Menurut Achey atau Mohd Nasir Hamzah, situasi negara yang kini dihambat dengan pandemik Covid-19 menyebabkan dia tidak dapat menziarahi pusara Abam seperti kebiasaan sebelum ini.


Kredit foto: IG




"Kalau wabak Covid-19 ini tak ada Bam, aku rasa tiap-tiap hari peminat datang jenguk 'rumah' (pusara) kau, tapi kau rasa mereka sayang kau mesti doakan punya. Tak kiralah datang tak datang kan?


"'Rumah' kau makin cantik. Hari itu aku, Fad dan Sya (isteri Fad) dapatlah singgah sekejap sebelum PKP semula," katanya.


Meskipun hampir genap setahun Abam meninggal dunia, Achey berkata dia dan Fad tidak pernah melupakan kenangan mereka bersama lebih-lebih sepanjang terlibat dalam dunia hiburan.




  



"Sekarang kalau dapat ruang jumpa Fad benda lain takda (borak), mesti borak pasal kau.


"Lepas tu gelak berdua memikirkan punchline-punchline yang kita buat tak jadi...Fad, kau mesti dapat bayang muka dia (Abam) malu-malu bila kita bawa kek," ujarnya.


Abam meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari tahun lalu di kediamannya di Gombak, Selangor.


Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia dua tahun. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendu nya benang
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nak setahun dah... tunggu apa drama Adik dgn adik ipar kesayangan tu nanti menjelang 10feb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.046167 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list