Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (kanan) menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang Newcastle pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Harian Metro
LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mendedahkan Pierre-Emerick Aubameyang terpaksa digantikan ketika menentang Newcastle pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi kerana penyerang itu 'sakit perut'.
Aubameyang yang kembali menemui gawang apabila meledak dua kali pada aksi itu mengejutkan peminat apabila bergegas ke terowong ketika dia berpeluang melakar hatrik pada aksi berkenaan.
Willian kemudian masuk menggantikan pemain Gabon itu pada minit ke-79 - hanya dua minit selepas dia menjaringkan gol kedua pada aksi di Emirates itu.
Namun, Arteta mendedahkan selepas itu dia terpaksa melakukan pertukaran.
Ketika ditanya wartawan mengapa dia mengeluarkan pemain berusia 31 tahun itu, sambil tersenyum pengurus kelahiran Sepanyol itu hanya menjawab ringkas: 'Masalah perut'
Pada aksi berkenaan, The Gunners menang 3-0 dengan satu lagi gol dijaringkan pemain muda, Bukayo Saka. |