Pemain Shrewsbury Town Oliver Norburn (kiri) dan pemain Southampton Ibrahima Diallo ketika aksi pusingan ketiga Piala FA Inggeris di Stadium St Mary’s. - Foto AFP
Berita Harian
SOUTHAMPTON, United Kingdom: Southampton akan melayan kunjungan Arsenal pada pusingan keempat Piala FA Inggeris susulan kemenangan 2-0 ke atas Shrewsbury.
Dan N'Lundulu meledak jaringan sulungnya pada penampilan pertama dalam kesebelasan utama di peringkat senior untuk The Saints, disusuli jaringan James Ward-Prowse.
Pertemuan Southampton-Arsenal di St Mary's Sabtu ini adalah ulangan kepada final Piala FA 2003 di mana The Gunners menang 1-0.
Kelab divisyen tiga Shrewsbury yang beraksi pada perlawanan kompetitif pertama sejak Disember berikutan kes COVID-19, tampil tanpa pengendali Steve Cotterill yang berada di unit rawatan rapi akibat virus berkenanan.
Cotterill dibawa ke hospital minggu lalu selepas virus melanda kelab berkenaan, menyebabkan perlawanan pusingan ketiga awal bulan ini terpaksa ditangguhkan.
Pengendali Southampton Ralph Hasenhuttl membuat tujuh pertukaran ke atas skuad yang tewas 2-0 di tangan pesaing Liga Perdana Inggeris Leicester.
Hanya Jan Bednarek, Jack Stephens, Ibrahima Diallo dan James Ward-Prowse dikekalkan dalam kesebelasan utama The Saints. |