View: 2461|Reply: 24
|
Myanmar Setuju Terima Balik Pelarian Rohingya
[Copy link]
|
|
Myanmar bersetuju dengan permintaan Bangladesh untuk memulakan penghantaran balik pelarian Rohingya pada suku kedua tahun ini, lapor Agensi Anadolu memetik pegawai pada Selasa.
Perkara itu dimaklumkan pada rundingan tiga pihak yang menyaksikan China sebagai perantara.
"Kami mahu ia dimulakan pada suku pertama tahun ini, tetapi Myanmar minta diberikan lebih banyak masa untuk mengatur logistik dan beberapa perancangan lain. Jadi, kami mahu ia dimulakan pada suku kedua, dan mereka bersetuju," kata Setiausaha Luar Bangladesh Masud Momen selepas rundingan itu.
Foto: AFP
China akan memberikan vaksinasi Covid-19 percuma kepada penduduk Rohingya pada fasa pertama program penghantaran pulang itu.
Beberapa hari sebelum itu, Menteri Luar Bangladesh AK Abdul Momen berkata, "penghantaran balik satu-satunya jalan keluar untuk mengakhiri krisis Rohingya dan tiada alternatif lain."
Sementara itu, Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan dikeluarkan kemudian berkata "Myanmar telah membuat semua perancangan yang diperlukan dan menegaskan kesediaan Myanmar untuk menerima semula pelarian Rohingya."
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan tarikh tertentu untuk penghantaran pulang bermula.
"rojek perintis sedang dijalankan untuk penghantaran pulang itu. Myanmar bersedia untuk memulakan proses mengenal pasti pelarian yang akan terlibat dalam Projek Perintis itu," tambah kenyataan itu.
Penduduk Rohingya yang terbabit perlu mengisi dan menandatangani borang bahawa mereka dengan rela hati mahu dihantar balik serta akan mematuhi undang-undang Myanmar sedia ada.
Selain itu, Myanmar mahu Bangladesh memastikan tiada sebarang ancaman pengganas ketika program dilaksanakan.
Sebelum ini dua usaha penghantaran pulang cuba dilakukan di bawah perjanjian dua hala antara Bangladesh dan Myanmar yang ditandatangani pada 2017, tetapi gagal mencapai sebarang hasil, walaupun Myanmar berulang kali memberi jaminan bersedia untuk menerima semula Rohingya yang dihantar balik.
Menurut Amnesty International, lebih 750,000 pelarian Rohingya, yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, melarikan diri dari Myanmar dan menuju ke Bangladesh susulan kekejaman tentera Myanmar terhadap komuniti minoriti Islam, pada Ogos 2017. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Loh yg ganas tu kamu myanmar, membunuh macam org gila. Pandai pulak dia berlakon kata puak rohingya ni pengganas. |
|
|
|
|
|
|
|
Pi kaji sebab apa? Tengok org islam lain kat myanmar tu, x ada masalah pun |
|
|
|
|
|
|
|
Bawak balik rohingya dekat dunia yg berkeliaran ni |
|
|
|
|
|
|
|
rohingya di malaysia pun boleh la balik ke myanmar |
|
|
|
|
|
|
|
tapi nak ke rohingya balik myanmar? nnt wat drama air mata diorg balik tu kene bunuh ngan org myanmar |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi condo percuma pun dorang taknak balik la
Duk malaysia lagi baguih
Bagi kami silayang, cukup
|
|
|
|
|
|
|
|
yg kat mesia ni, patut hantaq balik juga... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kat sini pun hantar balik lah. |
|
|
|
|
|
|
|
msia je sayang rohingya.....
siap ada lagu |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ada kat Malaysia ni pun jangan pulak buat2 lupa eloklah diangkut bawak balik sana sama |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kat malaysia ni pun boleh pelan2 hantar balik. Budget gomen guna utk mereka tu boleh guna kat rakyat sendiri. Lebih baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Sila kutip yg kat malaysia punya sekali. Tak kisahlah 1st gen ke, 2nd gen sila angkut bawa balik |
|
|
|
|
|
|
|
rohingya sial ternazak nakharom sepatutnya diciptakan sbg babi hitam kentut xberhenti,berak cair |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat tinggal rohingya
Akhirnya kau boleh pergi.. |
|
|
|
|
|
|
|
kt Malaysia ni jgn wat2 tak nampak. hantar balik semuanye. semak je kt trafik light tadah tgn |
|
|
|
|
|
|
|
tolong angkut skali rohingya kt malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Itzy replied at 20-1-2021 04:12 PM
Loh yg ganas tu kamu myanmar, membunuh macam org gila. Pandai pulak dia berlakon kata puak rohingya ...
Myanmar versus rohingya, 10x kali i sokong tentera myanmar |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nk sujud syukur, rupanya dari bangladesh. Hmm. Mgkin bakal jd makanan utk china kot. Ambik skali yg dkt malaysia. Depa bkn islam pon. Islam pd nama jah. Tgk rutin masing2 xmelambangkan islam. Malu nk mengaku depa islam dgn kotor, busuk, lari dari medan perang, memintak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu..berapa ramai orang Islam berniaga di yangon tu aman aman sahaja, tetapi mereka bukan rohingya lah!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|