Antara artis terawal disahkan positif Covid-19, aktor Ashraf Muslim memahami keadaan genting yang melanda pesakit, terutamanya golongan berisiko.
Oleh itu, Ashraf sentiasa berkongsi cerita bagi memberi kesedaran bahayanya pandemik ini kepada orang awam.
Terbaharu, pelakon Dia Menantu Rahsia ini memuat naik mesejnya bersama individu yang berdepan ujian sama.
Foto g
Menurut Ashraf lagi, hatinya tersentuh dengan situasi yang melanda individu yang menghantar mesej berkenaan, lalu memohon doa bagi ibunya yang sedang kritikal akibat Covid-19 ini.
Lebih malang, insan ini turut disahkan positif Covid-19 dan terpaksa di kuarantin di rumah, manakala ibunya pula semakin teruk kesihatannya.
"Covid 19 is real. Ibu masih di ICU, paru-paru ada pendarahan dan buah pinggang rosak teruk."
Foto : IG
Jadi, Ashraf meminta agar mereka yang membaca ini, berdoa untuk kesejahteraan ibu individu terbabit.
Netizen turut mengharapkan ada keajaiban kepada semua yang sedang diuji dengan pandemik ini.
Foto : IG
Terdahulu, Ashraf sendiri dijangkiti Covid-19 apabila pulang dari penggambaran drama di Scotland pada 18 Mac tahun lalu, kemudiannya dimasukkan ke hospital pada 12 April dan pulih sehari sebelum 1 Ramadan.
Foto : IG
Sesungguhnya wabak Covid 19 itu boleh mengjangkiti sesiapa sahaja. Patuhi amalan yang telah ditetapkan ya. - CARI
|