|
Pelakon kacak, Keith Foo kini selesa menjalani hidup solo dengan status sebagai seorang duda. Mengakui masih belum pengganti namun, Keith tidak menutup hatinya untuk berkahwin lagi.
Kredit foto: IG Keith
“Jujur saya cakap, tiada orang yang sudi berkenalan. Saya selesa hidup solo, namun hati ini tidak pernah tertutup untuk berumah tangga semula,” katanya kepada Kosmo.
Walau bagaimanapun, hubungannya dengan bekas isteri, Kim Raymond tetap harmoni demi kebaikan anaknya Skylar Raymond Foo.
Sementara itu, Keith berkata, dia tidak kisah sekiranya bekas isterinya sudah menemui pengganti atau kekasih baru. Malah, dia galakkan bekas isterinya untuk bertemu kekasih baru, jadi Keith dapat meluangkan masa bersama anak.
Kredit foto: IG Keith
"Tentang bekas isteri, saya selalu gembira dengan siapa pun pilihan hatinya.
“Kalau dia ingin pergi ‘dating’, saya sangat galakkan, saya boleh jaga anak di rumah. Hubungan saya dengan Raymond tetap okey walaupun tidak lagi tinggal sebumbung sebagai suami isteri. Kami tetap jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada Skylar,” akuinya.
Sumber: Murai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|