View: 2165|Reply: 10
|
"Nak Pergi Potong Gelang Lah!" - Warga Emas Berang Dituduh 'Merayau' P
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial kerana mendakwanya melanggar perintah kuarantin Covid-19.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, seorang individu yang tidak dikenali merakamkan gambar lelaki berkenaan ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah di Alor Gajah, kira-kira pukul 10 pagi Sabtu (23 Januari).
"Lelaki itu didakwa memakai gelang meraj jambu dan melanggar protokol kuarantin oleh seorang individu yang memuat naik gambar tersebut di media sosial.
"Ini membuatkannya berang kerana dia sebenarnya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang tersebut selepas menjalani kuarantin sejak 13 Januari lalu," kata Arshad.
Foto: mStar Online
Beliau berkata, pengadu dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah bersama isteri dan anak perempuannya ketika foto tersebut dirakamkan.
Pengadu membuat laporan polis pada pukul 1 petang Ahad (24 Januari) di Balai Polis Masjid Tanah bagi menafikan dakwaan pada posting berkenaan.
Arshad berkata, anak lelaki pengadu memaklumkan gambar pengadu pada posting Facebook semasa berada di rumahnya di Pengkalan Balak, pagi Ahad.
Beliau menambah, dia turut menjelaskan sebab berhenti di stesen minyak sebelum memotong gelangnya di hospital.
Dilaporkan, pengadu terpaksa berhenti di stesen minyak dalam perjalanan ke hospital kerana keretanya kehabisan minyak.
"olis juga akan merakamkan keterangan pengguna Facebook berkenaan," tambahnya. - CARI
Sumber: The Star/mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya tegur dulu... kalau orang tu tak bagi kerjasama, baru la viral... |
|
|
|
|
|
|
|
netijin histerika
|
|
|
|
|
|
|
|
padan muka......harap saman sapa yg viralkn tu...
sikit sikit nk viral....tak de life le tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak suruh isteri pergi bayar dan isi minyak ?
Bukan pkp ker dekat melaka? Boleh naik kereta bertiga? Anak perempuan berapa usia? Nasib baik tak kena saman waktu sjr |
|
|
|
|
|
|
|
kalau acik ni pasang lawyer dia akan kaya 1 malam mcm cinta 1 malam |
|
|
|
|
|
|
|
dah agak benda macam ni akan jadi
iols masa nak gi potong gelang ari tu sbb jadi close contact, iols tengok selamba je dorang datang ntah dari mana dengan pakai baju lengan pendek. bawak anak segala. iols nak gi potong siap tutup rapat2. bukan sebab kita buat salah, tapi dalam perjalanan nak ke PKD tu banyak mata memerhati. dorang bukan tau kita keluar nak buat apa. jalan terbaik kita elakkan fitnah. nanti panjang cerita macam pakcik ni, tak pasal kena pi buat repot polis pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Sama macam yg aku fikirkan...kot ye pun, suruh anak tu tolong bayar & isikan minyak kan boleh...elak fitnah zaman viral ni, org keliling bukan tahu pakcik nak pegi potong gelang ke...beli gelang ke....haihhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Sama macam kes yang lebih kurang sama tak lama dulu nak ke spital potong gelang singgah pam minyak terus jadi isu |
|
|
|
|
|
|
|
mikasa: Kenapa tak suruh isteri pergi bayar dan isi minyak ?Bukan pkp ker dekat melaka? Boleh naik kereta bertiga? Anak perempuan berapa usia? Nasib baik t ...
Bru nk tanya soklan yg sama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|