View: 5590|Reply: 22
|
"Perangai Begini, Bukan Senang Isteri Nak Jaga," -Joe Flizzow Bersyuku
[Copy link]
|
|
Penyanyi hip-hop terkenal, Joe Flizzow menyifatkan kehidupannya sangat bahagia dan lebih sempurna selepas tujuh bulan memegang status suami.
Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak, berkata dia bersyukur kerana dipertemukan dengan isteri yang sangat memahami dan menerima diri seadanya.
"Saya rasa kehidupan saya lebih aman, damai dan tenteram. Akhirnya, saya bertemu ketenangan jiwa yang dicari-cari selama ini.
'Saya bersyukur dipertemukan dengan isteri dan keluarga mentua yang memahami dan menerima diri ini seadanya," katanya kepada BH Online.
Jun lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Apa Khabar dan Sampai Jadi ini sah bergelar suami kepada Marini Ramlan pada majlis ringkas mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Berkenalan sejak 15 tahun lalu, Joe dan Marini mula menjalin hubungan serius pada 2016.
Bekas anggota kumpulan Too Phat ini turut meluahkan rasa terharu atas kesungguhan Marini yang juga pelukis profesional untuk menjadi isteri yang baik.
"Saya sedar, dengan perangai saya yang begini, bukan senang untuk dia menjaga saya... Alhamdulillah.
"Saya juga akan menyokong kerja seni isteri dan terus menghasilkan karya yang bagus," katanya yang tampil dalam sidang media pelancaran single dan video muzik terbarunya berjudul Ciao secara virtual, baru-baru ini.
Foto: IG
Ciao yang diterbitkan komposer dari Singapura, Alyph turut menyaksikan Joe berkolaborasi dengan artis hip-hop terkenal Korea Selatan, Jay Park dan MK dari kumpulan K-Clique.
Joe berkata, Ciao dipilih selepas mendapati lagu itu sesuai untuk dinyanyikan bersama Park.
"Ini adalah lagu kedua yang saya cipta untuk dinyanyikan bersama Park selepas mendapati karya pertama yang saya hasilkan tidak begitu sesuai.
"Dua hari selepas menghantar lagu itu kepada Park, dia menyatakan persetujuannya untuk bekerjasama.
"Ini kali kedua kami berpadu suara. Sebelum ini saya pernah diundang untuk berduet dengannya menerusi lagu berjudul Twisted Dreams," katanya.
Ditanya reaksinya selepas nama muncul sohor kini di Twitter berikutan kemunculan single itu, Joe melihatnya sebagai petanda positif bahawa industri muzik Malaysia masih meriah dalam pandemik.
"Sudah tentu saya gembira kerana menunjukkan peminat masih menyokong dan industri muzik tetap meriah.
"Kalau bukan kerana wabak ini, saya bercadang untuk 'terbang' ke Korea Selatan bersama MK untuk menjalankan penggambaran video muzik di sana.
"Saya gembira apabila Park suka dengan video muzik yang kami hasilkan. Dia memberikan emoji api terhadap video yang saya tunjukkan kepadanya itu," katanya.
Sejak dilancarkan di YouTube, Jumaat lalu, video muzik Ciao sudah merekodkan lebih 600,000 tontonan. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aiols suke gile nini!!mmg joe so lucky dpt wife mcm nini...matured takde drama2...dah la artistik...muke nini x jelita tp suke laaa tgk muke sheols lama2...mcm ada daya tarikan |
|
|
|
|
|
|
|
Wait, whatttt..? iols tak perasan ada ft Jay Park! Okay brb. Nak pegi stream lagu baru deols |
|
|
|
|
|
|
|
dah laki orang dah Joe ye.iols ingat lagi zaman kanak kanak mendonia ikut abang meols gi konsert too phat merata rata sampai ke singapore weols ngikut.zaman tu too phat belum popular naik kancil je tapi showmanship awesome serupa Jay Z. . time flies |
|
|
|
|
|
|
|
muka wifey dia sampai iollss konfius ngan si tym fatimah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MontanaHannah at 25-1-2021 04:30 PM
memang selepas berkahwin kita akan tenang-ramai yg kata mcm ini.
Kahwin itu kebahagiaan sebenar
Itupun andai berjaya melawan badai rumahtangga dengan matang dan sabar.
|
|
|
|
|
|
|
|
blekkep replied at 25-1-2021 12:54 PM
aiols suke gile nini!!mmg joe so lucky dpt wife mcm nini...matured takde drama2...dah la artistik... ...
Eeee tahu x pa! Suka gila tgk nini tu dh la baikkk, hartu iols ada komen kat ig dia pastu dia siap follow iolss sbb iols mcm jual2 pokok n terrarium niii. Suka niniii nmpk classy gila dia tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tini cantik di mata iols yg perempuan ni.. Dalam her own class, tak oerlu lawa kebabom, just being herself yg simple + rambut maggi gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss tak pernah kenal nini sebelum ni. Lepas kuar citer dorg bertunang, iolss Google pasal dia. Terrrrsuka lak dgn nini
|
|
|
|
|
|
|
|
Husband meolls pernahlah terlibat dgn event yang ada Joe nih... irl Joe sangat sempoi & humble... termasuk isteri & maknya sangat baik cerita husband meolls... tibehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa bini Joe. Meols follow ig dia....wanita sophisticated nini ni. Dulu2 selalu la jumpa mak Joe ni kat majlis2...duk sebelah2.... Humble orgnya...meols panggil dia kak jer. Tak sangka pulak Joe ni anak dia...kita tak der borak hal personal...tu yg tak tau menahu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tgk nini dgn rambut curly dia, masa tu dia kat media prima
Npk sempoi n stylo |
|
|
|
|
|
|
|
blekkep replied at 25-1-2021 12:54 PM
aiols suke gile nini!!mmg joe so lucky dpt wife mcm nini...matured takde drama2...dah la artistik... ...
kannn.cara sheols bercakap..her stail. jenis no drama. tapi i tak berkenan btl lagu baru flizow ni. tah pape je lyric dia especialy part si flizow. tats y la dulu malique byk tulis lirik bukan flizow |
|
|
|
|
|
|
|
nia_salina replied at 25-1-2021 10:26 PM
kannn.cara sheols bercakap..her stail. jenis no drama. tapi i tak berkenan btl lagu baru flizow ni ...
Lagu ciao ke? Mmg sampah gila lirik |
|
|
|
|
|
|
|
fuyupoktek replied at 1-2-2021 02:52 PM
Lagu ciao ke? Mmg sampah gila lirik
yes tat song. i cringe gila dengar lyric joe |
|
|
|
|
|
|
|
I follow ig nini. Memang tak banyak sgt gambar diorang berdua. Tak mcm bini retis lain nak juga dunia tau dia bini retis |
|
|
|
|
|
|
|
nia_salina replied at 1-2-2021 04:35 PM
yes tat song. i cringe gila dengar lyric joe
Hmm tp lirik joe mmg xpernah semenggah pun. Sedap lg lirik zynakal dan yonni |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya nini ni. Dia ikat rambut sambil melukis, nampak anggun dan tenang je. Senyuman pun manis. Gigi cantik. Mak dia kerabat pahang ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|