Mengambil video secara haram di hospital kerana mahu membuktikan pandemik Covid-19 sebenarnya tidak berlaku, membawa padah kepada Debbie Hicks, 46 yang kemudiannya ditangkap pihak polis.
Kejadian berlaku di hospital diRaja Gloucestershire, England pada 28 Disember tahun lalu.
Menurut laporan Daily Star, Debbie dilihat berjalan di koridor hospital sambil merakamkan suasana di hospital lalu melaungkan "di mana virus mutan itu?"
Foto : SWNS
Dalam video berdurasi selama lapan minit, Debbie menyatakan wad telah ditutup dan kawasan tersebut telah mati.
"Nampak tak hospital kosong dan lampu dimatikan. Di mana pesakit yang nazak dan kononnya virus bahaya? Saya tak nampak apa pun. Rupa-rupanya krismas kita dirompak."
Foto : FB
Sementara itu, pihak hospital menyatakan mereka sedang mengendalikan 200 pesakit Covid-19, termasuklah unit rawatan rapi. Ianya tidak termasuk 500 pesakit lain yang juga memerlukan rawatan.
Debbie ditahan ketika membuat bantahan 'lockdown' - SWNS
Debbie akan didakwa kerana menghina dengan perkataan buruk yang menyebabkan kekacauan di bawah seksyen 5, Akta Arahan Orang Ramai dan akan disebut pada 30 Mac nanti.
Rupa-rupanya golongan anti vaksin dan yang percaya bahawa Covid-19 tidak wujud sebenarnya berlaku di pelbagai negara. Apa yang perlu dilakukan terhadap golongan ini di Malaysia? - CARI
|