CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3769|Reply: 29

Brunei Darussalam 260 Hari Tanpa Kes Baru COVID-19, Ini Antara Langkah Yang Diam

[Copy link]
Post time 25-1-2021 03:57 PM | Show all posts |Read mode









KES Covid-19 di negara kita menunjukkan peningkatan sehingga telah mencecah angka 4,000 kes sehari.


Perkara ini amat membimbangkan sehingga kerajaan terpaksa meneruskan PKP dilanjutkan di beberapa negeri.


Berbanding dengan negara Brunei Darussalam, setakat jam 12 tengah hari semalam tidak ada sebarang kes baharu dilaporkan.


Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD) adalah seramai 174 orang.


Perkara ini disahkan melalui siaran akhbar mengenai situasi terkini jangkitan Covid-19 di NBD seperti yang dipetik melalui pelitabrunei.gov.bn, Kementerian Kesihatan NBD memaklumkan bahawa negara tersebut mencatatkan 260 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan Covid-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.







Difahamkan juga setakat ini, dua kes aktif masih menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan. sementara seramai 623 orang menjalani pengasingan diri mandatori,


Selain itu, seramai 11,645 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.


Jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini, seramai 169 orang.


Seterusnya, sebanyak 224 sampel ujian virus SARS-CoV-2 dilaksanakan dan ini membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 ialah sebanyak 88,528 ujian.


LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN DALAM MENANGANI IMPAK COVID-19 DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Memetik laporan http://www.mtic.gov.bn/ berikut dikongsikan beberapa langkah yang diambil oleh Kerajaan Brunei Darussalam bagi mengatasi Covid-19 di negara tersebut.


Pembinaan Bangunan Pusat Pengasingan Kebangsaan di Daerah Tutong bagi menempatkan pesakit-pesakit yang telah pun disahkan positif daripada jangkitan Covid-19 untuk dipantau rapi di pusat pengasingan yang baru ini.


Pembinaan bangunan tambahan Makmal Rujukan Virology Kebangsaan di Kampung Sumbiling, Bandar Seri Begawan, bagi menambah kapasiti dan mempercepatkan proses ujian makmal bagi Covid-19 di negara ini.


Penyediaan Pusat-Pusat Pemantauan bagi warga asing,rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang masuk ke Negara Brunei Darussalam dari luar negara bagi menjalankan pengasingan diri.


Tegahan keluar negeri telah mula dikuatkuasakan mulai pada 16 Mac 2020 yang telah dimuatkan di dalam garis panduan permohonan kebenaran keluar negeri bagi rakyat dan penduduk Brunei Darussalam bagi menghindari penularan wabak Covid-19.

Semua permohonan membawa masuk pekerja asing adalah ditangguhkan.


Semua warganegara asing termasuk yang transit tidak dibenarkan untuk memasuki Negara Brunei Darussalam.


Pemantauan harga barangan akan sentiasa dibuat bagi barangan seperti beras, gula dan barangan keperluan lain seperti sanitizer tangan dan Surgical Face Mask bagi perlindungan pengguna.


Premis-premis makanan termasuk restoran, kedai makan, kedai minum, kafe, food court, gerai makan dan seumpamanya tidak dibenarkan untuk menyajikan makanan di premis-premis dan hanya dibenarkan untuk menyediakan makanan untuk dibawa pulang saja (takeaway).


Penutupan kesemua kompleks dan fasiliti sukan yang tertutup di seluruh negara termasuk gym, bowling alley dan padang golf.


Penutupan muzium-muzium dan galeri, pusat-pusat belia dan setiap cawangan perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.








Sumber : Sinarplus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 04:03 PM | Show all posts
Syabas Brunei....mesti ada yg kata negara kecik senang control
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
I think sbb rakyat brunei ni majority ikut kata dan hormatkan pemimpin..rakyat msia mmg susah nak dengar kata sbb dlm barisan pimpinan pun asyiklah bercakaran sampai i terfikir klu kita dpt mcm hitler tu as our pemimpin..mcm manalah kita yg suka meroyan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn ckp brunei oz dgn nz yg besar tu pon blh je free from covid xpyh dpt pgiktirafan doktor tbaik etc.. Sbb politaik depa buat keje bukan sebok bgaduh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 04:52 PM | Show all posts
Premis-premis makanan termasuk restoran, kedai makan, kedai minum, kafe, food court, gerai makan dan seumpamanya tidak dibenarkan untuk menyajikan makanan di premis-premis dan hanya dibenarkan untuk menyediakan makanan untuk dibawa pulang saja (takeaway).


meroyan ummah gilakan makanan  24 jam kalau dgr ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia satu je,kalau ada disiplin dan common sense,boleh control covid..ni tgk laa perangai rakyat msia mcm mana..mmg spesis perangai sama dgn penjajah,boleh pulak ada y ckp covid ni propa,xpercaya covid yadayada padahal dah beratus org mati sbb covid..

Tp tulaa,dorg putar kok lain plak,ckp mati sbb diabetis,asma,other illnesses..pstu mncul pulak antivac,doladoli,umah bumi leper dgn teori masing2 nak ckp covid ni xwujud..{:nose
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru: Jgn ckp brunei oz dgn nz yg besar tu pon blh je free from covid xpyh dpt pgiktirafan doktor tbaik etc.. Sbb politaik depa buat keje bukan sebok bgaduh


Yee kaka..politaik ngn rakyat betul2 berganding bahu nak keluar drpd covid..tp tgk kt negara kita, masing2 menuding jari..elok bg semua y demanding tu kena covid jah..pstu xyah bg treatment apa2..kasi dorg mati slow2..we don't need anymore fools in our world..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kita.... kes meningkat sb...kuarantin kat umh(pda awalnya negatif/tak bergejala dan ujian kedua positif)...selain drp industri perkilangan & pembinaan (warga asing) sbgai 'penyumbang' utama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau kerajaan bagus, mmg boleh sgt atasi kobid. Kita dah berjaya last year tp semail sabri punya hal, habis rosak. Sivagangga dia penyebab, yg pkp2.0 pon dia. Masih ku ingat kata2 yg balik dri sabah x wajib kuarantin. Rakyat malaysia elok jah. Kalau teruk sgt rakyat, kenapa masa sivagangga tu mengganas, langkawi penuh pelancong, tp kes rendah??? Hanya dekat alor setar-perlis-penang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara kecik takyah citer ler... Dalam gua tempurung tu pun takde kes. Takde yang nak buka artikel ke. Lembah bujang kedah tua pun takde kes.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah..

Tanpa pengambilan Vachhcine ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 10:29 PM | Show all posts
Sebesar negara negara China tu pun gov boleh control .

Nak dengan tak nak sahaja + berapa bagus rakyat ikut peraturan yang Di tetapkan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 10:31 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-1-2021 06:47 AM

Btw kali ini bukan alasan kerana  baca doa disebabkan tiadanya kobite?
Manakala beberapa bandar Di eropah membakar, memusnahkan, di musnahkan kerana protest kurungan!

Asas sesebuah negara tidak menjadi kukuh jika mengamalkan konsep kebebasan bersuara yang total!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 11:24 PM | Show all posts
Normabaru replied at 25-1-2021 04:32 PM
Jgn ckp brunei oz dgn nz yg besar tu pon blh je free from covid xpyh dpt pgiktirafan doktor tbaik et ...

Politaik depa xleh besar kepala sbb sistem depa kan absolute monarki....kita constitutional monarchy, lain sgt tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 25-1-2021 11:24 PM
Politaik depa xleh besar kepala sbb sistem depa kan absolute monarki....kita constitutional monarc ...

Oz nz absolute monarch?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 11:57 PM | Show all posts

Aku bagitau Brunei lah...NZ tu sbb kerajaan dia bukan kerajaan pintu belakang yg dah ilang majoriti Sisnor oooiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 25-1-2021 11:57 PM
Aku bagitau Brunei lah...NZ tu sbb kerajaan dia bukan kerajaan pintu belakang yg dah ilang majorit ...

Lenkali tulis biar teghannnggg...  
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya mat Salleh yg dulu acah2 buat bedeo Malaysia paling bagus bendung covid ni buat pasal Brunei lah pulak. Lebih cekap dan teratur berbanding menteri air suam dan 2 timb nya yg tidak kelihatan itu. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 25-1-2021 04:08 PM
I think sbb rakyat brunei ni majority ikut kata dan hormatkan pemimpin..rakyat msia mmg susah nak de ...

Sbb pemimpin sibuk main politik laknat, meeting pasal nak buat pilihanraya lah, nak rebut jawatan lah, nk cari geng lompat katak semua tu cam laknat jah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Coolie replied at 25-1-2021 10:22 PM
MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah..

Tanpa pengambilan Vachhcine ke?

Brunei yg dah 200++ hari bebas covid pon masih usahakan utk rakyatnya ambil vaccine dgan beri vaccine percuma kpd semua rakyatnya. So xpayah acah2 nak cakap xperlu vaccine bagai, dodol nak ludah jah muka puak2 antivax ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.089100 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list