View: 2619|Reply: 10
|
Takut Diceraikan, Isteri Bantu Suami Rogol Rakan Sekerja
[Copy link]
|
|
Seorang isteri didakwa membantu suaminya untuk merogol rakan sekerja.
Gambar hiasan
Lapor Tribunnews, wanita itu terpaksa menurut arahan suaminya kerana takut diceraikan dan perbuatan terkutuk itu sudah dilakukan suspek sebanyak dua kali.
Jurucakap polis Kota Bukittinggi di Sumatera Barat, Chairul Amri Nasution berkata, mangsa dan suspek merupakan rakan kerja di sebuah premis perniagaan di Bukittinggi.
“Isteri suspek menyuruh mangsa datang ke tempat kerjanya sebelum dipaksa melayan suaminya, malah dia diugut akan diceraikan jika kemahuan suspek tidak diikuti.
“Suspek juga dilaporkan sering menggoda mangsa di tempat kerja, namun tidak dilayan,” katanya.
Chairul turut memaklumkan insiden rogol pertama berlaku di tempat kerja mereka, manakala kejadian kedua berlaku di tempat kerja isteri suspek.
Katanya, pasangan suami isteri itu sudah ditahan untuk bantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Sumber: Utusan |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jenis takut xde laki {:laugh |
|
|
|
|
|
|
|
Klu ppuan tu suka kt laki dia.. mesti isteri tu tolong pinangkan untuk dijadikan madu (klu islam laa)
Huntonggg jadi laki. |
|
|
|
|
|
|
|
Really cannot brain lah this thing...apa takut sgt klu kn cerai..bkn mati pun...kat akhirat esok pun Tuhan tak tanya kau bersuami ke tak tapi Dia akan tanya pasal apa kita menzalimi org lain atau berkompromi dgn kejahatan...ish |
|
|
|
|
|
|
|
Isteri mithali sungguh{:childlike{:childlike{:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
perempuan gini kalau anak kena rogol dgn laki dia dia akan salahkan anak dia, dia takkan report dan kalau laki dia tertangkap dia akan disown budak tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|