View: 1564|Reply: 5
|
Disaman Sebab Tak Bagi Kucing Tidur Sekatil
[Copy link]
|
|
Seorang wanita warga New York dihadapkan ke mahkamah selepas enggan membenarkan kucingnya tidur bersama di atas katil.
Semuanya bermula selepas Danette Romano enggan membenarkan kucing perliharaanya, Lacie tidur bersama di atas katil seperti menurut perjanjian yang dibuat bersama tuan lama Lacie pada April 2014.
Gambar hiasan
Pemilik lama Lacie, Carol Money menetapkan perjanjian sebelum kucing itu diserahkan kepada Danette agar membenarkan Lacie tidur bersama atas katil.
Ia adalah kerana, penting bagi kesihatan emosi Lacie untuk tidur bertemankan seseorang.
Dikatakan, Lacie memang gemar tidur bersama tuannya dan akan merungut atau menangis jika dihalang untuk tidur atas katil.
Faktor kesihatannya juga menjadi sebab Carol bersetuju untuk menyerahkan Lacie kepada Danette.
Danette yang pada mulanya setuju dengan perjanjian itu, telah menandatangani surat perakuan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Namun, tidak lama selepas Danette membela Lacie, dia dikatakan enggan membawa kucing itu tidur bersama dan melanggar kontrak perjanjian.
Disebabkan Danette melanggar kontrak perjanjian, beliau mahu Lacie dipulangkan kepadanya dan turut menuntut ganti rugi yang ditetapkan ketika perbicaraan di mahkamah.
Sumber: Era.je |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kucing2 ni tkde kencing tempat tido macam baby2 ke |
|
|
|
|
|
|
|
TravellingBear replied at 7-2-2021 01:34 AM
kucing2 ni tkde kencing tempat tido macam baby2 ke
Kalau train, insyaallah xde, kucing iolls pon tido satu katil |
|
|
|
|
|
|
| |
|