View: 1548|Reply: 8
|
Remaja Singapura mahu serang masjid pada ulang tahun tragedi Christchurch
[Copy link]
|
|
SINGAPURA: Seorang remaja Singapura merancang menyerang dua masjid di bandar raya ini sempena ulang tahun tragedi pembunuhan umat Islam di New Zealand dua tahun lalu.
Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, remaja berusia 16 tahun yang ditahan pada Disember tahun lalu, dikatakan sudah membuat persiapan rapi untuk melakukan serangan pada 15 Mac ini menggunakan parang, dua tahun selepas tragedi di Christchurch oleh penyerang rakyat Australia, Brenton Tarrant.
"Berdasarkan persediaan dan pelan serangan, remaja terbabit terpengaruh dengan tindakan dan manifesto Tarrant.
"Malah remaja lelaki itu sudah menyediakan kenyataan untuk dikeluarkan sebelum serangan bermula, serupa seperti yang dilakukan Tarrant," menurut kenyataan dikeluarkan jabatan itu.
Selain memilih tarikh tragedi itu berlaku untuk melakukan serangan, remaja terbabit turut merancang menyiarkan serangan itu secara langsung.
Remaja terbabit yang kini ditahan dan tidak boleh dibicarakan akan melakukan serangan menggunakan parang, selepas gagal membeli senjata api secara dalam talian.
Dia turut mempelajari cara menghasilkan bom, selain merancang untuk membakar masjid.
Pihak berkuasa memberitahu, siasatan awal mendapati remaja itu bertindak sendirian malah keluarganya, serta masyarakat sekitar tidak tahu rancangannya untuk melakukan serangan serta tahap kebenciannya terhadap Islam.
Sumber: AFP/BeritaHarian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau budak taik babi ni mesti dilabel mengalami masalah mental kan.tak ada pun nak label terrorist. lahnat punya kapiiaq |
|
|
|
|
|
|
|
kurang kasih sayang barangkali....
suruh dia cari hobi yang bermanafaat, isi mase terluang dengan lebih berfaedah.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa kau? serang la bangsa ko, agama ko. nk usik agama org pasal apa. |
|
|
|
|
|
|
|
No more future for u kiddo..
|
|
|
|
|
|
|
|
kiasu Singapore takde masa untuk benda2 gini
read my words
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap kena penjara seumur hidup... Species begini hudup pun tidak ber guna... |
|
|
|
|
|
|
|
nak jadi "influencer" lettew |
|
|
|
|
|
|
| |
|