CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 916|Reply: 0

Penolong Jurulatih Import Turut Perkasa Sri Pahang

[Copy link]
Post time 28-1-2021 10:44 PM | Show all posts |Read mode

Jurulatih Sri Pahang FC, Thomas Dooley. - Foto ihsan ASEAN Football Federation.


Berita Harian

Asrol Awang
[email protected]

KUANTAN: Selepas Thomas Dooley diumumkan sebagai ketua jurulatih Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, pasukan itu dijangka memperkenalkan penolong jurulatih import baharu pula.

Difahamkan, penolong jurulatih dari Eropah itu sudah berada di negara ini dan sedang menjalani kuarantin sebelum diperkenalkan secara rasmi minggu depan. Sumber Sri Pahang berkata jurulatih itu akan bergandingan dengan Dooley dalam usaha memperkasakan lagi pasukan itu.

"Saya boleh sahkan beliau sudah tiba di negara ini dan sedang menjalani kuarantin sebelum bersama pasukan. Dengan pengalaman luas yang dimiliki, Sri Pahang percaya gandingan dua jurulatih import ini mampu memberi impak positif," kata sumber berkenaan.

Setakat ini, selain Dooley berasal dari Jerman selaku ketua jurulatih, Sri Pahang mengesahkan Dollah Salleh dilantik sebagai pengurus pasukan.

Ketika ini, tiga daripada lima kuota import sudah diisi iaitu Sergio Aguero, Lee Tuck dan Herold Goulon yang masing-masing beraksi di posisi serangan, tengah dan pertahanan.

Kuota dua import lagi masih belum diisi bakal menyaksikan pemain dari Asia dan Asia Tenggara bakal beraksi di posisi pertahanan dan serangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.057103 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list