CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5814|Reply: 23

Promosi gambar pelacur dalam WeChat, MiChat

[Copy link]
Post time 29-1-2021 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Promosi gambar pelacur dalam WeChat, MiChat

https://www.sinarharian.com.my/a ... dalam-WeChat-MiChat

MUHAMMAD AMINNURALIFF | | 29 Januari 2021


Polis sedang memeriksa beberapa individu dalam serbuan di sebuah premis di Taman Equine, Seri Kembangan pada Khamis

SERDANG - Sebuah premis dikesan menyediakan perkhidmatan pelacuran dengan mempromosikan gambar-gambar gadis kepada pelanggan menerusi aplikasi WeChat dan MiChat.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, premis berkenaan diserbu cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bersama anggota polis Balai Polis Seri Kembangan dalam operasi yang dijalankan di Taman Equine, Seri Kembangan pada Khamis.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menjumpai pelanggan dan pelacur di tingkat dua dan tiga premis tersebut.

"Seramai 17 individu ditahan melibatkan lapan warga tempatan dan sembilan warga asing. Mereka antaranya penjaga premis, pelacur serta pelanggan berumur lingkungan 25 hingga 52 tahun.

"Kegiatan pelacuran ini dipercayai berlindung bawah perkhidmatan hotel bajet di samping menyediakan perkhidmatan pelacuran kepada pelanggan menggunakan aplikasi Wechat dan MiChat.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelanggan akan berjumpa penjaga dengan menyebut ‘SkyQQ’ apabila sampai di hotel. Kemudian penjaga akan membawa pelanggan ke bilik hotel yang telah dikhaskan untuk kegiatan pelacuran dengan bayaran dari RM190 hingga RM220," kata beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, beberapa barangan lain yang dirampas dalam serbuan itu adalah 20 kondom jenama ‘Super Thin’, empat pelincir jenama ‘KY Jelly’, lapan helai tuala, lapan gulung tisu dan wang tunai sebanyak RM245.

"Kesemua tangkapan dibawa balik ke IPD Serdang untuk saringan air kencing.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959/63 iaitu menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 iaitu langgar syarat pas lawatan sosial, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Perintah Kawalan Pergerakan)," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2021 01:34 PM | Show all posts
biasa sindiket pelacur ni guna gmbr kajol tapi bila check in dapat kojol.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 01:37 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 29-1-2021 01:34 PM
biasa sindiket pelacur ni guna gmbr kajol tapi bila check in dapat kojol.

ayoyo kadawaley

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 01:41 PM | Show all posts

'Sky QQ', Password Nak Langgan Pelacur Semasa PKP

SERDANG: Aktiviti pelacuran wanita warga asing kini didapati berselindung di sebalik perkhidmatan hotel bajet, dengan menempah berbelas bilik hotel bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.


Ini dikesan dalam serbuan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sebuah hotel bajet di Taman Equine, Seri Kembangan, di sini, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, berkata pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat pelacuran itu akan melihat gambar sebelum memilih wanita yang ditawarkan sindiket menerusi aplikasi laman sosial WeChat dan MiChat.


Foto: Berita Harian




"Taktik memilih dalam aplikasi laman sosial ini adalah untuk mengaburi kegiatan ini dikesan polis namun hasil perisikan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang, sejak tiga hari lalu, kegiatan ini akhirnya dibongkar.


"Ini kerana pelanggan akan datang terus ke hotel ditetapkan dan bertemu dengan penjaga dengan menyatakan kata kunci iaitu Sky Q Q sebelum dibawa penjaga ke bilik hotel wanita yang sudah dipilih dalan WeChat atau MiChat tadi," katanya yang turut meninjau serbuan berkenaan, malam tadi.


Razali berkata, dalam serbuan jam 9 malam itu lapan wanita asing bersama enam pelanggan tempatan dan seorang pelanggan warga asing serta ditahan di lapan bilik hotel.


Turut ditahan dua lelaki tempatan disyaki penjaga kepada kegiatan pelacuran berkenaan.


"Siasatan mendapati bayaran yang dikenakan adalah antara RM190 hingga RM220 untuk setiap kali perkhidmatan seks. Berdasarkan maklumat aktiviti pelacuran di sini sudah berlangsung sejak dua minggu lalu," katanya.


Dalam operasi sama polis turut merampas kondom, minyak pelincir, tuala, tisu dan wang tunai.


Semua individu berkenaan dibawa ke IPD Serdang untuk dibuat saringan air kencing dan kes disiasat mengikut Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959/63, menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah.


Mereka juga disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 iaitu langgar syarat pas lawatan sosial, Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Perintah Kawalan Pergerakan). -CARI


Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 02:07 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 29-1-2021 01:34 PM
biasa sindiket pelacur ni guna gmbr kajol tapi bila check in dapat kojol.

Kajol masih relevan ke skrg sister..?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 02:18 PM | Show all posts
astaghfirullahalazim

jauhi zina dan jangan melakukan zina

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2021 02:34 PM | Show all posts
kasihan ayam tu dapat pelanggan badan berkerak
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda pelacur lepas tu pati2 yg melanggan pelacur rogol pompuan malaysia pulak ada yg jugak yg bisingkan. Itu la pasal singapore arab saudi pun tutup mata agaknya walaupun ada sarang pelacuran kat negara masing2.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2021 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak x cun je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak takut kobid kah
Ataupun mereka pakai mask semasa senggama
Begitu iols husnuzon
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pxlbb replied at 29-1-2021 04:35 PM
Tak takut kobid kah
Ataupun mereka pakai mask semasa senggama
Begitu iols husnuzon

Ada demand business tetap jalan. Win win situation untuk semua.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
pxlbb replied at 29-1-2021 04:35 PM
Tak takut kobid kah
Ataupun mereka pakai mask semasa senggama
Begitu iols husnuzon

Husnuzon. Mungkin mereka pakai full ppe sewaktu berlacuran
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Astagfirullah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 07:44 PM | Show all posts
Time Allah dok turunkan wabak covid ini pun masih nak buat dosa zina ye..  Selagi masih ramai yg dok buat maksiat,  mcm mana wabak ini akan berakhir..
Macam cabar Allah saja dorang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 12:10 AM | Show all posts
ini model perniagaan bangsa @FOTHER-MUCKER  

dasar bangsa pengganas suka mengeksploitasi wanita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntahlah.. Geli betul aku dgn org yg layan ******* ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2021 06:12 AM | Show all posts
sepatutnya pelacur dimestikan pakai topeng
supaya tak tau seiapa mereka dan tdak dbenarkan bercakap.
Tapi mesti bersih tiada bau body ok - guna no je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 10:33 AM | Show all posts
TOPwind replied at 30-1-2021 06:12 AM
sepatutnya pelacur dimestikan pakai topeng
supaya tak tau seiapa mereka dan tdak dbenarkan bercakap ...

Sepatutnya pelacur memakai tudung dan purdah supaya menutup aibnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 08:06 PM | Show all posts
white_musk replied at 30-1-2021 10:33 AM
Sepatutnya pelacur memakai tudung dan purdah supaya menutup aibnya

mcm ninjalah atau Kung Fu Yg boleh terbang gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah entah pelacur tu mangsa  human trafficking kena tipu dengan 'agent' ingatkan datang malaysia dapatlah keje bibik ke apa alih alih kena layan nafsu laki miang.
Kesian ok bende macam ni banyak terjadi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.196325 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list