Seorang pemuda tidak berpuas hati disaman polis akibat tidak memakai pelitup muka semasa bekerja di restoran.
Muhammad Adam Fahmy Mohd Hasni mendakwa, ketika kejadian beliau sedang menyalai daging di dapur bersendirian.
“Saya disaman polis sebab salai daging tak pakai pelitup muka.
“Saya bersendirian di dapur (bukan tempat sesak orang), salai daging, dapur salai banyak asap, kalau pakai pelitup muka boleh mati tak bernafas,” catatnya di Twitter dengan nama akaun @JINbara_.
Adam juga mendakwa ketika itu beliau bersuara dan memberi alasan munasabah namun tidak diendahkan polis terbabit.
Dia juga mempersoalkan tindakan anggota polis itu sedangkan kerajaan sendiri melonggarkan pemakaian pelitup muka jika tidak berada “di tempat awam yang sesak”.
“Saya di dapur sendirian. Pelanggan pun kita tak bagi masuk, ambil tempahan dari luar kedai sahaja, SOP (operasi prosedur standard) mana lagi yang aku tak ikut," katanya.
Hantarannya sejak semalam dikongsi hampir 15,000 kali dan mendapat lebih 13,000 tanda ‘suka’.
Pengguna Twitter di ruangan komen menganggap saman yang dikenakan tidak wajar dengan menunjukkan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang terkini.
Ada yang mencadangkan pemuda itu agar membuat bantahan di mahkamah.
Kredit foto:
Kredit foto: Twitter
Namun, menurut Adam beliau tidak memiliki bukti untuk mengesahkan kejadian kerana premis kerjanya tidak ada kamera litar tertutup (CCTV).
nama pun jual makanan..
tak kira la kau sorang ke, jarak 1km dengan orang ke..
kalau prepare makanan, guna je la mask untuk kebersihan..
nonsense banyak asap lemas pakai mask..
kalau lemas maksudnya pengudaraan premis tak bagus la..
kekdahnya dia disaman sbb x pkai mask sbb covid atau disaman x pkai mask sbb dia bekerja menyediakan makanan ?? saman sbb x patuh SOP covid atau SOP di dapur ?? 2 perkara berbeza iya... chef2 dekat hotel 5-6 bintang pun nan hado la pakai mask ms tgah masak...
Post time 1-2-2021 05:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Yang aku tengok kat youtube sorang penyanyi rock kapal dulu dulu sambil tebar roti, sambil bakar siap menyanyi lagi, memang tak pakai facemask.tak pasti le video lama ke baru.
Post time 1-2-2021 05:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Skuau at 1-2-2021 05:48 PM
mohon pak polisi msk area psr mlm....smlm aku pi...ada jer peniaga letak mask kat dagu...masa sediakan makanan dan jugak masa layan customer....kang air liur terpercik kt makanan/ore.
sememangnya warganegara diperbodohkan menteri menteri selama ini, kerana itu malaysia masih memerlukan Mereka dari Indonesia Bangladesh pakistan Filipina untuk menjadi warganegara