Cara Vitamin C Meningkatkan Sistem Imun Tubuh Antara saranan yang perlu diambil ialah dengan meningkatkan pengambilan vitamin C secara harian. Pengambilan vitamin C yang mencukupi sangat membantu meningkatkan daya tahan tubuh melawan jangkitan penyakit. Bagaimana vitamin C boleh membantu menguatkan sistem imun? Berikut adalah 7 cara bagaimana vitamin C dapat meningkatkan sistem imun tubuh kita.
Vitamin C Membantu Pengeluaran Sel Darah Putih
Sistem peredaran darah manusia terdiri daripada 4 komponen utama iaitu sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma. Sel darah putih atau leukosit ini hanya mewakili 1% kandungan dalam darah, tetapi ia mempunyai impak yang sangat tinggi kepada sistem pertahanan tubuh dan memainkan peranan utama dalam sistem imun manusia. Stem sel di dalam sum-sum tulang adalah tempat asal dimana sel darah putih dihasilkan. Lebih kurang 80 – 90% sel darah putih tersimpan di dalam sum-sum tulang. Salah satu sebab mengapa ramai daripada kita gemar mengambil suplemen vitamin C adalah untuk membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Ini kerana vitamin C memainkan pelbagai peranan dalam sistem imun dari segi mempertingkatkan pengeluaran dan fungsi sel darah putih serta melindunginya daripada cepat rosak akibat tekanan oksidatif. 3 komponen utama dalam sel darah putih yang menyumbang kepada keberkesanan dan kecekapan sistem imun tubuh adalah limfosit, granulosit dan monosit.
Vitamin C Menyokong Pengeluaran Antibodi
Limfosit merupakan salah satu komponen sel darah putih yang mempunyai peranan tersendiri dalam sistem imun tubuh manusia. Limfosit terdiri daripada 3 kategori: B-Limfosit, T-Limfosit dan Sel Pembunuh Semulajadi (NK – Natural killer). B-limfosit mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan antibodi tertentu dengan fungsi spesifik bagi menghalang dan memusnahkan antigen. Antibodi atau Immunoglobulin adalah sejenis protein berbentuk-Y yang berfungsi menangkap antigen yang masuk ke tubuh manusia dan memberi isyarat kepada sistem imun untuk memusnahkannya. zjadi, keperluan vitamin Cadalah sangat membantu fungsi kerja limfosit untuk menghasilkan antibodi dan membantu melambatkan kerosakannnya akibat kesan tekanan oksidatif.
|