Kredit foto: IG Rihanna/Kangana/Greta
Bintang antarabangsa, Rihanna telah memberikan sokongan kepada tunjuk perasaan petani yang berlaku di India.
Tidak lama selepas ciapannya itu, pelakon Bollywood Kangana Ranaut pula menciap dengan memanggilnya bodoh dan tolol. Apakah yang terjadi?
Baru-baru ini, Rihanna memberi reaksi terhadap berita yang membicarakan tentang tunjuk perasaan di India pada laman Twitter beliau.
\
Ciapannya itu menarik perhatian aktres Bollywood Kangana Ranaut.
Sementara itu, Kosmo! melaporkan aktivis iklim, Greta Thunberg turut menulis tentang berita sekatan Internet itu.
Kredit foto: Twitter
Meena Harris iaitu anak saudara Naib Presiden AS, Kamala Harris turut meluahkan sokongannya dan menyatakan bahawa semua orang sepatutnya marah dengan tindakan kerajaan India menyekat internet dan keganasan kumpulan separa tentera terhadap petani yang menunjuk perasaan.
Ibu Harris berasal dari India.
Lantaran itu, Kementerian Luar India berkata, selebriti terbabit tidak perlu campur tangan dalam hal dalaman India dan perlukan pemahaman wajar berhubung isu tersebut.
Sumber: Murai, Kosmo! |