Beberapa artis sudahpun menyuarakan mengenai PKP dan situasi pandemik Covid-19 yang seakan tidak nampak pengakhirannya. Namun, ianya tiada selantang seniwati Susan Lankester yang meletakkan poster bertulis "OTONG GAJI MENTERI' di laman Twitternya.
Dengan warna merah sebagai latar poster serta huruf besar, ianya jelas menyatakan isi hati pelakon yang mula dikenali menerusi sitcom 2+1 di era 90an itu.
Foto :Twitter
Tiada penjelasan lanjut atau komen daripada Susan mengenai ciapannya itu. Namun, ia berjaya mendapat sambutan daripada pengguna Twitter lain yang turut bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Foto :Twitter
Malahan, ia berjaya mendapat perhatian daripada mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Maszlee Malik.
Foto :Twitter
Nampaknya, ada juga artis meluahkan yang terbuku dalam kalangan rakyat. Jadi, selepas seniwati Susan Lankester, kita nantikan adakah artis lain akan mengikut jejak langkahnya? - CARI
|