Kredit foto : Instagram Dayah Bakar
Pada bulan lepas, personaliti TV yang juga pengacara Borak Kopitiam TV3, Dayah Bakar atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar bersama anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri telah berlepas ke Australia untuk menetap bersama suaminya Kapten Hanif Hamidi yang ditugaskan berkhidmat di Australia.
Terbaru, Dayah ada memuat naik gambar dan video perkembangan terkininya ketika bersiar-siar bersama suami dan anak di sebuah taman tasik di Canberra, Australia.
Seperti biasa, gambar dan videonya sentiasa mendapat banyak reaksi positif dari kalangan pengikutnya kerana Dayah sememangnya seorang yang periang, mudah mesra dan tidak sombong.
Namun, dek kerana gambar dan videonya tidak memakai pelitup muka ketika bersiar-siar, banyak pula timbul persoalan dikalangan pengikutnya mengenai pelaksanaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sana.
Tidak hanya membiarkan persoalan tanpa jawapan, Dayah tampil menjelaskan bahawa di Canberra sudah tidak lagi mempunyai kes aktif COVID-19 jadi tidak perlu memakai pelitup muka ketika berada ditempat awam.
Tambahnya, namun (SOP) lain seperti penjarakan fizikal dan kerap cuci tangan tetap perlu dipatuhi.
"Dayah dapat banyak sangat soalan tak perlu pakai pelitup muka ke dekat sini, tak ada covid ke? Biar saya jawab sekali untuk semua ya."
"Dekat Canberra dah berbulan tak ada kes Covid. Tidak perlu pakai mask tapi masih perlu amalkan SOP seperti penjarakan fizikal dan sanitize tangan selalu. Harap terjawab ya" tulisnya di Instagram.
Wow! Seronoknya dekat sana sudah tak ada lagi kes Covid dan dapat bersiar-siar tanpa perlu pakai pelitup muka.
Sama-samalah kita patuhi SOP dan doakan kes Covid di Malaysia juga akan "zero" suatu masa nanti agar dapatlah kita kembali hidup seperti sebelumnya. - CARI
|