View: 1597|Reply: 4
|
"Arwah Senyum," -Genap Seminggu Kejadian Tragis, Dua Kali Amir Datang
[Copy link]
|
|
"Saya maafkan ibu kandung arwah Amir."
Demikian tutur Norlida Abu Hassan, ibu angkat kepada Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, kanak-kanak berusia tujuh tahun yang meninggal dunia pada Jumaat minggu lalu, dipercayai akibat didera.
Sungguhpun sudah seminggu berlalu sejak peristiwa duka itu, Norlida masih tidak dapat menyembunyikan rasa sebaknya setiap kali bercerita mengenai anak angkatnya yang sudah dipelihara sejak bayi itu.
"Saya sudah maafkan dia... bukan bermakna mahu dia dilepaskan, namun saya maafkan dia atas perbuatannya itu.
"Kalau betul arwah Amir meninggal dunia berpunca daripada kedua-dua tangannya, biarlah dia menerima balasan daripada Allah.
"Jika benarlah dia bersalah, kita serahkan kepada pihak yang berkuasa. Mungkin di dunia dia akan menerima balasannya. Kita hanya perlu doakan agar mendapat hidayah.
"Mungkin nanti dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat, siapalah kita manusia yang boleh menilainya. Hanya Allah sahaja yang berhak menghukumnya," katanya kepada mStar.
Bagaimanapun kata wanita berusia 50 tahun ini, dia masih belum mempunyai kekuatan untuk bersua muka sekiranya dipertemukan dengan ibu kandung kepada Amir.
Kredit foto: Via mStar Online
Negara pada minggu lalu dikejutkan dengan berita pemergian Amir yang ditemukan lemas dalam tong air di rumah ibunya di Taman Krubong Jaya, Melaka, dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.
Hasil bedah siasat selama hampir 11 jam dijalankan terhadap kanak-kanak malang tersebut menemui banyak kesan kecederaan di kepala dan belakang badan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman, pihak polis masih menunggu laporan penuh siasatan berhubung punca sebenar kecederaan tersebut.
Norlida yang sudah pulang ke kediamannya di Rawang, Selangor beberapa hari lalu berkata, dia terlalu sedih apabila melihat setiap pelusuk rumahnya yang banyak menyimpan kenangan bersama arwah.
"Tapak kakinya ada di setiap genap rumah ini. Tengok semua barang-barangnya, lukisannya, kucingnya yang dipanggil Empok (Tompok) membuatkan air mata saya laju mengalir.
"Tambahan pula beberapa hari lalu, anak saya yang Amir panggil Kak Chaq ada bermimpi arwah pulang ke rumah ini dan peluk saya. Dalam mimpinya itu, arwah hanya senyum tanpa kata apa-apa. Sebaik tersedar dari mimpi, memang dia menangis.
"Sebelum ini Abang Ngah (anak kedua) mimpi dia didatangi Amir. Masa itu kami sedang berharap agar dapat bawa jenazah pulang untuk dikebumikan di Rawang.
"Namun malam sebelum pengebumian, kata Abang Ngah, arwah datang sambil berkata 'Abang Ngah buat baik-baik ya, buat cepat-cepat tau. Tolong jaga Umi'. Itu betul-betul buat saya terkesan. Dan kami reda jenazah Amir dikebumikan di Melaka," ujarnya sebak.
Sejak kes tersebut mendapat liputan meluas media, Norlida berkata dia sekeluarga bersyukur dan terharu dengan sokongan yang diterima daripada seluruh rakyat yang turut sama terkesan dan berduka dengan kisah Amir.
Namun dalam masa yang sama, wanita berusia 50 tahun ini meminta supaya netizen tidak berterus-terusan melemparkan kecaman kepada ibu kandung arwah Amir.
"Kita belum tahu sama ada dia bersalah atau tidak dalam hal ini. Apa yang perlu kita lakukan ketika ini sebaik-baiknya berdoa untuk dia. Mungkin ini ujian Allah untuk dia.
"Saya dan sekeluarga yang rapat dengan arwah sudah pun reda dan berlapang dada... jadi minta semuanya juga begitu. Bagi kami, kerana dialah, kami dapat berkasih sayang dengan arwah Amir selama lebih enam tahun," ujarnya lagi.
Dalam pada itu tambah Norlida, kes yang menimpa anak angkatnya itu menyuntik semangat baharu untuknya bergiat aktif memberikan kesedaran mengenai pentingnya setiap orang mengetahui talian khusus bagi melaporkan kes dera membabitkan kanak-kanak.
"Sebagaimana talian 999 untuk kes kecemasan, begitulah juga satu talian khusus diperlukan dalam kes seumpama ini. Kalau boleh, promosikan secara meluas agar semua orang tahu mengenai talian ini.
"Saya sendiri mahu ke depan kerana inilah matlamat saya... menyebarkan kesedaran mengenai kasih sayang kepada semua," katanya lagi.
Untuk rekod, ibu kandung dan bapa tiri Amir sedang ditahan reman untuk membantu siasatan. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke memamg dah ada talian Nur tu khas untuk kes penderaan kanak2 & keganasan rumahtangga? Iols sedih dgn kes ni sampai terbawa dlm mimpi. |
|
|
|
|
|
|
|
ok dah cukup la tu. nnt jadi mcm mak lopak, sejuk perut ms mengandung la.. ni itu. doa kan mak ayah arwah insaf sudah la. |
|
|
|
|
|
|
|
Doakan kebahagaian arwah Amir ni di sana |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga baik baik sahaja keluarga makcik |
|
|
|
|
|
|
| |
|