View: 2854|Reply: 19
|
Pernah Hidup Susah Ajar Wany Hasrita Tak Sombong Dan Lupa Diri
[Copy link]
|
|
Berada di tahap yang selesa dalam kerjayanya sebagai penyanyi tidak menjadikan Wany Hasrita bersikap sombong dan lupa diri.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasbullah meluahkan rasa syukur kerana mempunyai ibu di sisi yang sentiasa membimbingnya dalam setiap langkah dan keputusan yang diambil.
Tambahnya, pengalaman melalui kehidupan susah membuatkan penyanyi berusia 29 tahun ini mahu terus membahagiakan ibunya iaitu Norita Jaafar.
Foto: IG
"Saya adalah saya biarpun setinggi mana pun saya terbang, Insya-Allah saya akan tetap membumi. Syukur sebab saya ada ibu yang selalu ingatkan saya supaya selalu bersyukur dan jangan lupa diri.
"Saya memang selalu bersama ibu, dan bagi saya ibu adalah segalanya. Salah satu tujuan saya melangkah ke dalam industri hiburan ini juga selain kerana minat, saya berazam untuk membahagiakan ibu.
"Sebelum saya menjadi penyanyi, saya pernah melalui hidup susah bersama ibu, tambahan pula sewaktu ibu diberhentikan kerja, waktu tu walaupun susah saya tengok wajah ibu tenang saja dan selalu beri saya kekuatan.
"Tahun ini saya dah tak nak fikir yang sedih, saya nak teruskan langkah dan takdir yang Allah aturkan ini untuk saya terus kecapi kebahagiaan bersama ibu. Saya tak nak fikir yang negatif dan mahu terus berjaya," kata Wany.
Untuk rekod, penyanyi lagu Belenggu Rindu ini pernah membuat kejutan apabila memenangi gelaran Bintang Paling Popular (ABPBH) yang ke-30 selain mempunyai hampir 20 single sepanjang lima tahun dalam industri muzik.
Dalam pada itu, Wany kini tampil dengan lagu terbaharu berjudul Cinta Khayalan hasil ciptaan ciptaan Farouk Razak dan Amelia yang dilancarkan pada Jumaat di saluran YouTube.
Bercerita tentang single tersebut, Wany mengakui gembira kerana mampu mencabar dirinya keluar dari zon selesa dengan membawa lagu tersebut yang dianggap berat dan mempunyai maksud mendalam.
"Lagu ini berat dan sangat mendalam maksudnya, saya rasa sangat gembira kerana saya telah melangkah setapak ke hadapan dan saya telah berjaya mencabar diri saya untuk keluar dari zon yang selesa.
"Jujur saya katakan yang saya in love dengan lagu ini. Kalau tak percaya, boleh dengar dan hayati sendiri. Saya mohon anda semua menjadi juri serta tidak teragak-agak memberi komen tentang lagu dan cara nyanyian saya.
"Saya rela dikritik demi kebaikan kerjaya saya, tetapi kritik tentang lagu saja ya... bukan tentang kisah peribadi," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni dah umur 29..nampak muda jugak..bile nk nikoh..full pakej |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dgr lagu dia n mcm biasa so typical Amelia n farouk punya lagu. Mcm dgr lagu2 sblm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pololes btul skin dia |
|
|
|
|
|
|
|
okay.. xde lah gosip nak kawen memanjang kan |
|
|
|
|
|
|
|
Wany tak somb...? Kihkih hurkehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Typical lagu Farouk Roman + Amylea.
Best lagi lagu Terlalu Memuja dari lagu Cinta Khayalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru 29 ke.. Ingatkan dah 35 macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
hangdenim replied at 5-2-2021 10:35 PM
Wany tak somb...? Kihkih hurkehhh
Penyombing ke dia nih |
|
|
|
|
|
|
|
mmg x sombong pun. sebelum jadi retis dia dtg tegur iols borak2 walhal iols x kenal pun dia mase tu. dia kenalkan diri ckp dia kwn kpd housemate iols. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols ramah n x sombong.Mse amek tiket SFMM kat plaza alam sentral meols bertembung ngan sheols kat toilet.So ape lagi meols amek la pic ngan sheols.Menggigil meols mse amek pic smpai gambar pon jadi blur.Nak snap balik mcm segan nmpk PA die Nisa tgh tggu tepi toilet.IRL mmg sngt cantik + tinggi.Btw lgu bru sheols bagi meols x de part yg menangkap.Tpi okay la bole jadi OST drama kompom. |
|
|
|
|
|
|
|
hangdenim replied at 5-2-2021 10:35 PM
Wany tak somb...? Kihkih hurkehhh
Rasa sheol x sombong air muka je sombong + garang. Tapi pd meols sheol jenis gedik n kadang2 acah2 lembut ayu |
|
|
|
|
|
|
|
missmeornot replied at 6-2-2021 11:38 AM
Rasa sheol x sombong air muka je sombong + garang. Tapi pd meols sheol jenis gedik n kadang2 acah2 ...
Hmm betul jugak, setuju dengan uols lah! Tak lalu tgk buat2 suara kepit manjah2 tu, like ewwwww ko kenapa nyah |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi dia ni memang down to earth yach. Berbanding yang bbnu lain2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
okla nampakla jugak produk sheols saban tahun...
iols rasa income sheols pun masyuk setara haqiem rusly tinggal sheols takde minat nak beli kete mahal jah |
|
|
|
|
|
|
|
Lawanya gambar pakai baju cekelat tu.. I like |
|
|
|
|
|
|
|
Iols oke jah dgan sheols. Layak jah sheols jd retis. Idok le tibaiunta sgat |
|
|
|
|
|
|
| |
|