View: 1686|Reply: 13
|
Vaksin Covid-19: 'Guru Mesti Diutamakan Supaya Mereka Kekal Selamat'
[Copy link]
|
|
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan guru antara kumpulan keutamaan bagi program imunisasi Covid-19.
Bekas timbalan menteri pendidikan itu berkata, sejak sekolah dibuka semula pada Januari, terdapat beberapa insiden guru dilaporkan positif Covid-19.
Gambar hiasan
“Ini menimbulkan banyak persoalan keselamatan. Ibu bapa perlu diyakini langkah-langkah yang sesuai diambil bagi melindungi anak mereka sebelum dibenarkan kembali ke sekolah.
“Guru mesti diutamakan supaya mereka kekal selamat,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, Unicef turut menyeru supaya guru diutamakan dalam menerima vaksin Covid-19, selepas petugas kesihatan dan golongan berisiko tinggi.
Katanya, menteri pendidikan di Britain dan Ireland Utara menyokong supaya guru diutamakan untuk menerima vaksin.
“Tetapi di Malaysia, KPM masih tercari-cari untuk menjadi suara kepada guru. Saya gesa menteri tonjolkan kepemimpinan, dan kerajaan memulakan langkah pemulihan yang berkesan,” katanya.
Teo berkata, ketika penutupan sekolah untuk pelajar bukan peperiksaan tidak dapat dielakkan, ia mempunyai banyak kesan.
Katanya, impak itu akan dirasai bukan saja melalui hilangnya waktu belajar, tetapi juga kurangnya perlindungan terhadap institusi yang ditawarkan sekolah seperti program makanan untuk pelajar keluarga berpendapatan B40, sokongan untuk kanak-kanak Orang Asli, dan “kestabilan” yang ditawarkan sekolah untuk kanak-kanak dan ibu bapa.
Namun, katanya, selepas melaksanakan pembelajaran di rumah selama hampir setahun, ia masih di bawah par.
“Sehingga hari ini, tiga isu kritikal yang akan menentukan kualiti pembelajaran di rumah, – akses ke gajet atau peranti yang sesuai, sambungan internet dan jalur lebar, dan kandungan yang mencukupi untuk TV pendidikan – sebahagian besarnya masih belum ditangani dan kurang,” katanya.
Sumber: FMT |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya
Nak ke cikgu2 rela tdah dicucuk vaksin ntah pape tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MarryPottet at 5-2-2021 06:49 PM
Ikut ranking keutamaan patutnya
1) PM & ahli kabinet tebuk atap beliau serta seluruh keluarga masing2
2) Banduan dan bekas banduan pesalah rasuah, rogol, ragut, samun, rompak, sumbang mahram, macau scammer
3) lobai & lobainita penunggang agama
4) founder produk sampah timbang kilo
5) scammer MLM, Forex, Dr miki mouse
..
..
..
999) rakyat yg patuh PKP dan jaga SOP |
|
|
|
|
|
|
|
dan diorang perlu bayar.. jangan free. itu sahaja. sekian
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti geng kayangan pilih vaksin Paling Selamat yg xde side efek....marhaen terpaksa terima je vaksin jenis ape 2 je pon |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak mustahil selepas ini anak2 anda yg mahu ke sekolah pun akan "digesa" cucuk vaksin selepas vaksin covid ekspres untuk kanak2 dicipta. Kakitangan dan pelajar universiti pun tidak akan terlepas. Mahu capai target 80% of the population kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 pun menteri dan ahli parlimen kena buat dulu |
|
|
|
|
|
|
|
biozipstar replied at 5-2-2021 07:12 PM
dan diorang perlu bayar.. jangan free. itu sahaja. sekian
Nak suruh mereka bayar ke?
Ala sis, bagi mukalah sebab 5 teratas tu kena jadi sort of lab rat untuk test keberkesanan & side effect vaksin c-19 made in china yg dibawa masuk oleh kampeni buat tiang keluli utk lampu jalan yg katanya dapat kebenaran KKM utk edarkan vaksin c-19 kat msia |
|
|
|
|
|
|
|
..... sepatutnya kita diberi pilihan utk memilih vaksin mana yg kita nak..... |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah benar new order world yg dipimpin oleh zionist yahudi benar2 menguasai seluruh kerajaan dunia? Antara matlamat new order world ni ialah hapuskan umat manusia sebanyak 93% supaya hanya tinggal 7% kuncu2 kroni mereka menikmati hidup di dunia ni. Adakah mereka yg cipta sebar virus ni supaya ramai yg mati lepas tu mereka akan suntik orang ramai dgn vaksin yg tak berkesan malah beri kesan negatif buruk kepada manusia? Yg peliknya bukan hanya di malaysia para frontliner mengeluh kebajikan mereka tak dijaga contohnya kerajaan tak sediakan tempat berehat yang cukup dan bagus untuk mereka lepas letih berperang merawat pesakit2 yg dijangkiti virus covid19. Malah di barat pun sama mereka para doktor atau para frontliner mengeluh kebajikan mereka tak dijaga. Ingatkan kat malaysia saja jadi. Kemudian nak pastikan agenda2 new order world ni terjadi success, maka mula2 mesti suntik para frontliner yg nak jaga rawat manusia sakit, kemudian para guru biar mati lebih cepat. Lepas tu akan jadi seperti hadis nabi yang dunia pada akhir zaman akan dipimpin oleh orang2 bodoh. Aku rasa apa yang aku baca dan tahu ni tak mustahil takkan terjadi. Ada tangan2 agen syaitan yang bekerjasama memastikan agenda2 agen syaitan ni berjaya sebab mereka nak dajjal keluar dan takluk manusia dengan mudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Okkkk.. Cadangan dipertimbangkan |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 IT kalo ada nak implement updates atau apa2 benda diorang buat cm ni,
kalo ada 50 unit workstation
diorang update atau install 25 dulu, tunggu dalm 2-3 hari tak de problem , lepas tu baru continue yg 25, bukannya apa, kalo failed takde la failed semua, cuma separuh shj...
aku takde la harap kan vaksin ni failed, tp kalo failed kasihan pada para guru, kenapa diorang kene amik dulu? mgkn 25% dulu boleh kot... |
|
|
|
|
|
|
|
sbnrnye bukan semua orang layak pun dpt vaksin. mcm perempuan mengandung, menyusukan dan baru melahirkan mmg tak dapat pun. pastu yg ada sejarah alergi teruk sampai masuk hospital. bkn yang alah setakat gatal2 naik jerawat tu, ni jenis yang alah bengkak-bengkak badan tu. pastu dah dpt vaksin tu bknnye korg boleh gatal2 taknak pakai mask dah. sop masih kena jaga juga
yg kate patutnye menteri ape suma tu kene vaksin dulu, kerajaan skrang ni tengah nak dapatkan jumlah sebenar yang layak dan sanggup nak divaksin. so takdelah nnt pembaziran vaksin. bknnye kerajaan beli sekelempuk macam tu je. of course la pm menteri sultan2 semua akan dapat jugak, tu priority list la. vaksinnye pun blum sampai kat malaysia korang dah speku macam2.
yang patut kene vaksin tu ebit lew tu. time pkp pun boleh rentas negeri sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
takyah kalau betul new world order tu ha spanish flu 500juta orang mati dalam masa 2 thn, ni covid19 setahun baru 2juta org mati. bezanye spanish flu tu tahun 1918, zaman teknologi tak berapa maju lagi. sebab belajar dari pengalaman dan teknologi macam2 la dapat minimakan impak kematian tu. dari dok bazir masa data tengok video konspirasi baik ko belajar sains dik
|
|
|
|
|
|
|
| |
|