View: 1196|Reply: 5
|
Sumbang 50 Buah Tablet -Datuk Lee Chong Wei Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan Di
[Copy link]
|
|
"Hebat di gelanggang, hebat di lapangan!"
Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Chong Wei membuktikan bahawa dia bukan sahaja jaguh di gelanggang, namun menjadi wira di hati 'orang kampungnya' sendiri.
Legenda badminton itu itu bakal menyumbangkan 50 buah tablet untuk kegunaan pelajar-pelajar kurang berkemampuan di kawasan berkenaan, memandangkan ramai daripada mereka tidak mempunyai gajet untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian (online) pada masa kini.
Kredit foto: mStar Online
Hasrat berkenaan disuarakan kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, yang kemudian berkongsi berita gembira itu di laman Facebooknya.
"Wira kita datang menyelamat! Semalam Chong Wei call saya setelah mendapat tahu tentang program Asal Cek Mau Pi Sekolah. Kami sempat berbual-bual tentang keluarga masing-masing, kesihatan dan sektor sukan negara.
"Sukacita saya memaklumkan Chong Wei sihat bersama keluarganya. Berita baik daripada Wira kesayangan kita, Chong Wei akan taja 50 buah tablet Samsung Tab A8 untuk program Asal Cek Mau Pi Sekolah!
"Terima kasih yang amat sangat. Anda memang wira di dalam dan di luar gelanggang. Kam siah! (terima kasih) Sedih tak dapat beraya bersama Chong Wei tahun ini. Apa-apapun, take care bro," demikian perkongsian Sim pada posting di Facebook pada Jumaat.
Kredit foto: mStar Online
Difahamkan, tablet tersebut berkemungkinan diterima selepas perayaan Tahun Baru Cina dan akan dihantar kepada Ahli Parlimen berkenaan untuk diedarkan.
Program Asal Cek Mau Pi Sekolah dilancarkan pada 24 Januari lalu bertujuan menyampaikan bantuan Covid-19 di kawasan parlimen Bukit Mertajam, yang lebih khusus dalam sektor pendidikan.
Selain sumbangan komputer riba percuma, program tersebut juga melibatkan perkhidmatan cetak kerja rumah percuma; kelas bimbingan dalam talian percuma; tambah nilai data internet dan program anak angkat Ahli Parlimen Bukit Mertajam.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemurahan hati jaguh badminton berkenaan, selain turut mengucapkan terima kasih kerana tidak melupakan golongan kurang berkemampuan.
Kredit foto: mStar Online
"Datuk Lee Chong sememangnya seorang yang pemurah dan selalu menyumbang semula kepada masyarakat. Terima kasih kerana selalu mengingati mereka yang kurang berkemampuan, terutama dalam keadaan sekarang," komen Sally Koay.
"Ikon Bukit Mertajam, terbaik Datuk," komen Shahril Sudin.
"Terbaik Datuk, anda antara yang baik hati dan pemurah," komen Mohd Syamie. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kami x dapek menyumbang apa2 ..sb darurat- Yg Bengong...... |
|
|
|
|
|
|
|
siapa kurang berkemampuan blh try raspiberry bajet rm 750 dapat keyboard , webcam dan lcd secondhand.
boleh guna anak beranak untuk learning online.
untuk internet beli modem kt shopee ada unlimited modem. kalau nak free internet pm kaka, kaka ajar cara dapat trick internet. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah buat baik sempena sambut tahun baru |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 5-2-2021 05:20 PM
siapa kurang berkemampuan blh try raspiberry bajet rm 750 dapat keyboard , webcam dan lcd secondhand ...
Muda ada bagi cadangan ni kak kat Twitter hari tu. Tapi ramai juga tak setuju. Ada satu komen I baca hari tu, dia kata tak sesuai Raspberry (macam mana ntah eja). Menambah workload untuk ajar parents dan anak anak cara nak guna.
Memang murah dan bagus, tapi bukan untuk situasi sekarang, dengan parents still struggle nak download apps pun tak pandai. |
|
|
|
|
|
|
|
os dia budak tak biasa. lg satu cara pakai chrome usb . dia usb terus letak kt tv terus jadi komputer. tu pun ok juga. raspeberry rasanya pakai linux os. budak windows pasti awkward guna linux
|
|
|
|
|
|
|
| |
|