Kredit foto: IG, Suara Merdeka
Baru-baru ini, masyarakat khususnya golongan Muslimin digemparkan dengan berita penyebaran ajaran sesat 'agama Melayu' yang dibawakan wanita dikenali sebagai Ibu Yati.
Terbaru, penceramah bebas Ustaz Abu Syafiq nekad menyaman Ibu Yati berikutan difitnah wanita terbabit.
Tulisnya di Instagram baru-baru ini, Abu Syafiq akan menghantar notis tuntutan ke atas Ibu Yati minggu depan.
Kredit foto: IG
Bagaimanapun, Abu Syafiq tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan mengenai kenyataan fitnah dibuat terhadapnya.
Abu Syafiq juga menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas berhubung kes ini.
Kredit foto: IG
Ibu Yati atau Wan Noor Hayati Wan Alias sebelum ini didakwa membawa ajaran berkenaan menggunakan lafaz syahadah yang pelik.
Menurut media, Jabatan Agama Islam Selangor semalam melakukan siasatan terhadap Ibu Yati berhubung kes berkenaan. - CARI
|